Wednesday, 6 May 2020

RAMADHAN BERDARAH DI PATANI

Angkatan bersenjata di dunia telah menyatakan untuk berhenti di masa penigkatan penularan wabah COVID-19.

Selaras dengan pernyataan PBB yang meminta agar seluruh gerakan militan yang ada di dunia tidak melakukan keganasan selama status Pandemik ini.

Pernyataan gencatan senjata tidak hanya BRN dengan kerajaan Thai sahaja bahkan termasuk gerakan-gerakan di seluruh dunia termasuk gerakan di Nigeria, Cameroon, Darfur (Sudan), dalam benua Afrika.

Dialek Tempatan Patani (8)

Pengaruh bahasa Sanskrit dalam bahasa Melayu

Pengaruh bahasa Sanskrit berlaku ketika zaman bahasa Melayu kuno iaitu abad ke 7 hingga ke 13.

Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India dan sami serta pendeta agama Hindu dan Buddha.

Contoh Pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam kosa kata bahasa Melayu: Bahasa, bicara, guru,cinta duka, merdu, setia, bahu, kepala, lidah, senja, permata, emas, keranda,ayah,isteri ,janda, suami, menteri, dosa pahala,asmara, bahaya, rahsia, bumi, cahaya, suria, tanah, melor, seroja, hari, masa.

REVOLUSI MENTAL

(1) Revolusi Mental dapat diartikan sebagai perubahan yang relative cepat dalam cara berpikir kita dalam merespon, bertindak dan bekerja. Revolusi mental adalah suatu gerakan untuk mengembling manusia Patani agar mereka berhati putih, berkemahuan baja, bersemangat elang raja wali dan berjiwa berapi-api yang menyala-nyala.

Dalam kehidupan sehari-hari, praktik revolusi mental adalah menjadi manusia yang berjiwa integrasi (kesatuan), mahu bekerja keras (kebebasan) dan punya semangat gotong royong (kebebasan) dalam berjihad dan revolusi Patani. Revolusi mental dalam arti membangun jiwa merdeka dan mengubah cara pandang untuk memper kuat revolusi fisik yang sedang bergelora perang melawan penjajah Siam untuk membela agama dan umat dan untuk membela bangsa dan tanahair Patani yang tercinta.

HALA TUJU SEBUAH RUNDINGAN DAMAI DI PATANI 2020

Rundingan damai dalam satu-satu konflik merupakan peranan bagi bidang politik. BRN dalam rundingan berusaha merealisasikan cita-cita dan inspirasi Rakyat (Bangsa Patani).

Untuk dituangkan dalam sebuah proses rundingan. Rakyat Patani mengharapkan adanya perubahan, dari suasana kegelapan kepada cahaya terang. Kalau tidak terdapat perubahan apa-apa, berarti proses tidak bermakna bagi Bangsa Patani.

Rakyat Patani juga memerlukan untuk mengembalikan identitinya. Identiti adalah sebuah harga diri bagi suatu bangsa. Patani memiliki identiti bangsa yang tersendiri, iaitu Bangsa Melayu Patani. Tiba-tiba identiti dihilangkan begitu saja, entah kenapa, kemudian dilengkapi dengan identiti Siam.

KERAJAAN THAILAND TIDAK MAMPU MENERJEMAH APALAGI MEMAHAMI DEKLARASI BRN

Sikap diam dan tidak bergeming pusat kerajaan Thailand di Bankok, menunjukkan kelemahan pusat pentadbiran kerajaan Thailand sendiri terhadap Deklarasi Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN).

Jika di amati secara keseluruhannya bahawa pusat pentadbiran Bangkok tidak mempunyai sensitiviti dan keselarasan dalam Urusan Tadbir, khususnya Perdana Menteri Prayut Can O Cha dan keseluruhan Kabinet Pemerintahan, yang terdiri daripada Eksekutif, Legislatif, Yudikatif, dan Yuridis.

Kesemua perlembagaan negara tidak mampu bekerja secara aktif dan sinergi, bebas, dan bertanggungjawab. Kerana tersekat kepada Protokol Rasmi dan hilangnya independen dalam tugasan.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan april (4/2020 M)

1/4/2020M.
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta menangkap 2 orang rakyat awam di kampung Pruching, mukim Thamuang, daerah Tiba, wilayah Senggora. Antara yang ditahan
1) Sukri Deraman bersama waran tangkapan kes serangan bom kota Bangkok pada 2/8/2019 dan
2) Rusman Salaeh.
- Tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu di kampung Lalok, daerah Resak, wilayah Menara.