Wednesday, 6 February 2019

DRAMATISASI PERDAMAIAN



Baru-baru ini team delegasi perundingan damai Thailand mengadakan suatu majlis mengumpul pendapat yang dihadiri masyarakat/rakyat tempatan dari badan NGO, lembaga kemasyarakatan, pimpinan agama, pimpinan masyarakat, mahasiswa, para peguam Muslim, persatuan kaum Budha dan lain-lain, selain itu membuat kenyataan kepada wartawan dalam dan luar negeri tentang proses damai mereka.  

Disisi lain pula pihak tentera Siam melahirkan polisi kekerasan/tindakan militer sehingga timbul beberapa peristiwa menyedihkan seperti Kes penembakan 3 orang imam, menahan cikgu perempuan yang bertugas di Tadika Kg,Sungai baru, Pattani, menembak masuk kerumah rakyat awam sehingga mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di Kg,Takdam, melakukan operasi terhadap pondok (pesantren) dengan menahan puluhan tok pakir(santri) dan tuan guru pondok di Mayor. selain itu membentuk sami(biksu) aspal menetap di kabanyakan wad (wihara) di Patani. 

Semua itu merupakan drama, hal itu menunjukan bahawa penjajah Siam tidak bersungguh didalam menyelesaikan masalah konflik Patani, sekadar untuk menunjuk kepada dunia internasional bahawa penjajah Siam ingin menyelesaikan masalah secara damai, dimanakah nilai kejujuran kerajaan Siam, adakah hanya ingin menutup mata rakyat Patani atau sekadar membela ayam untuk memakan telur sahaja.

No comments:

Post a Comment