Wednesday 6 February 2019

DAERAH SADAO WILAYAH SENGGORA


Sadao dahulu 

Daerah Sadao pada masa silam adalah jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahan Patani Barat yang sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S; Ca’na’), daerah Sebaya (S; Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao. 

Merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan ke dalam wilayah Senggora. Daerah ini diasaskan oleh kerajaan Siam dalam tahun 1917M. 

Masa silam daerah Sadao adalah sebuah mukim dalam jajahan Canglun, negeri Kedah (Traiburi) dalam perjanjian Anglo-Siamese Antara Siam dan Inggeris dibahagikan negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah kepada Inggeris. 

Manakala mukim Sadao dibawah milik Siam, maka kerajaan Siam mengacuhkan mukim Sadao, mukim Prik, mukim Tungmo menjadi sebuah daerah yang diberi nama dengan daerah Sadao. 

Hingga sekarang mempunyai ketua daerah (Nai ampoe) sebanyak 38 orang. Sadao berasal dari perkataan sendawa atau sedawa, manakala orang Siam menyebutnya dengan Sadao yang berarti pokok Setam atau pokok Semambu/Pokok Mambu ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. 

Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Dimakan pucuk dan bunganya sebagai ulaman, rasanya agak pahit.     

Sadao sekarang 
Adalah salah satu daerah dari 16 daerah dalam wilayah Senggora, Daerah Sadao terletak di sebelah selatan wilayah Senggora. Bersempadan dengan Negara Malaysia. 

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Hadyai, sebelah timur bersempadan dengan daerah Nawi, sebelah selatan bersempadan dengan Negeri Kedah D.A. Malaysia. Dan sebelah barat bersempadan dengan negeri Perlis dan wilayah Setul. memiliki keluasan 1029.273 km2 dengan 8 buah mukim dan 66 buah kampung. 

Ditadbir dengan 2 buah Majlis perbandaran (tesaban Muang), 2 buah majlis perbandaran mukim (tesaban tambun) dan 6 Majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor). 

Dalam daerah ini terletak 2 pintu sempadan Thailand-Malaysia yaitu sempadan Danok, Sadao-Bukit kayu hitam, Kedah dan sempadan Padang besar-Negeri Perlis. Bandar Danok dan Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. 

Boleh dikatakan pintu sempadan paling sesak memandangkan lokasinya sebagai pintu masuk keMalaysia manjadi laluan utama untuk lori kontena. 

Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan(PLUS), Malaysia jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan Malaysia hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam. 

Manakala Bandar Padang besar pula berakhirnya stesen keretapi paling utara di Malaysia sebelum perjalanan terus keHadyai, Senggora. Pintu sempadan ini dikunjungi ramai memandangkan disini terkenal dengan kompleks beli belah bebas cukai. 

Kerajaan Malaysia dan Thailand mencadangkan rancangan untuk membuka keduadua sempadan ini 24 jam dimasa mentadang. Kompleks kastam, imigresen dan kuarantin Bukit Kayu Hitam terletak lebih kurang 800 m di selatan sempadan sebenar. 

Kompleks tersebut terdiri daripada lorong-lorong imigresen dan kastam pandu lalu. Kompleks serupa di sebelah Thailand pula dipanggil kompleks imigresen Sadao yang terletak betul-betul selepas sempadan Malaysia-Thai di bandar Danok. 

Kompleks tersebut juga mengendalikan urusan kastam dan imigresen secara pandu lalu, walaupun sebahagian lorong ditukarkan untuk mengendalikan pejalan kaki. Namun demikian, urusan pengisytiharan kenderaan pula memerlukan pemandu turun dari kenderaan dan pergi ke kaunter kompleks tersebut bagi menguruskannya.

Demografi: 
Jumlah penduduk dalam daerah Sadao masa kini mengikut statistik dari jabatan statistik Negara Thai tahun 2017 M. Sebanyak 125,978 jiwa, terdiri dari kaum Melayu Muslim dan kaum Siam Budha. 

Geografi: 
disebalah utara berlokasi kawasan tanah lembah rata dan tanah rata, adapun sebelah selatan, utara dan barat berbukit bukau dan tanah tinggi terutama disempadan Thailand-Malaysia. Sebagai punca kepala air beberapa buah sungai kecil mengalir ke daearah Hadyai. 

Dikatigorikan kawasan tanah lembah rata 45 %, bukit bukau 45%, kawasan bertakungan air 5%. dan tanah kawasan ini sangat subur yang sesui sekali untuk bercocok tanam.  

Kawasan Pentadbiran: 
Daerah Sadao mempunyai 8 Mukim dengan 66 buah kampung, (nama kampung dalam daerah ini kebanyakan dengan Bahasa Thai) antara nama kampung dalam kawasan ini adalah sebagai berikut:  
1) Mukim Kaomikiat mempunyai 5 buah kampung: 1.Kg,Din na 2.Kg,Wang pring 3.Kg,Samnak wa 4.Kg,Tham to 5.Kg,Khao mi kiat. 
2) Mukim Tapot mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg,Song pinong 2.Kg,Ta pot ook 3.Kg,Ta pot tok 4.Kg,Koknian tok 5.Kg,Koknian ook 6.Kg,Namkok 7.Kg,Khao wang ching 8.Kg,Tungyao. 
3) Mukim Tung Mo Mempunyai 7 buah kampung: 1.Kg,Tung mo 2.Kg,Klong sai 3.Kg,Ton tako 4.Kg,Klong ram 5.Kg,Thasaton 6.Kg,Bang kom 7.Kg,Bang krai. 
4) Mukim Prik mempunyai 11 buah kampung: 1.Kg, Mai 2.Kg,Tung ook 3.Kg,Talad prik 4.Kg,Takian pao 5.Kg,Prik ook 6.Kg,Prik tok 7.Kg,Prik Tai 8.Kg,Hua tanon 9.Kg,Yang kok 10.Kg,Khuan smed 11.Kg,Tung lumnok.                                      
5) Mukim Padang Besar mempunyai 11 buah kampung: 1.Kg,Ton payom 2.Kg,Talad thai 3.Kg,Tamkoi 4.Kg,Cai khuan 5.Kg,Na 6.Kg,Khao rup chang 7.Kg,Tung mai khuan 8.Kg,Telok 9.Kg,Khuan khan 10.Kg,Lok 11.Kg,Baroi. 
6) Mukim Pangla mempunyai 7 buah kampung: 1.Kg,Pangla tok 2.Kg,Pang la ook 3.Kg,Rata 4.Kg,Maenam 5.Kg,Klong nge’ 6.Kg,Klong pan 7.Kg,Mung kong.   
7) Mukim Samnak kham mempunyai 7 buah kampung: 1.Kg,Samnak kham 2.Kg,Dan nok 3.Kg,Namhua 4.Kg,Tap kop 5.Kg,Pru Teaw 6.Kg,Rai tok 7.Kg,Thai changlon. 
8) Mukim Samnak Teaw mempunyai 10 buah kampung: 1.Kg,Samnak teaw 2.Kg,Namlad 3.Kg,Muang 4.Kg,Huai Khu 5.Kg,Khuan Tani 6.Kg,Hua khuan 7.Kg,Khuan pla 8.Kg,Pedroirai 9.Kg, Khuan yang 10Kg, Tung yai. 

Agama, Bahasa dan Kebudayaan: 
Rakyat jelata 70% terdiri dari kaum Siam Budha dan selebihnya 30% adalah Melayu Islam, kaum Siam bertutur dengan Bahasa Siam Tai dan Bahasa Siam rasmi adapun kaum Melayu bertutur dengan Bahasa Melayu logat Patani dan sebahagian kecil sudah bertutur dengan Bahasa Siam Tai. 

Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Senggora sebanyak 40 buah (tidak termasuk Surau kecil, Balaisah), Wad (Candi Budha)  23 buah. 

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 45 buah, Sekolah menengah kebangsaan 3 buah, Sekolah Pondok (Madrasah) 2 Buah,      

Antara ulama/tuan guru terkenal masa silam ialah Tuan guru haji Soleh Prik (Ulama Qurra’) Tuan guru Haji Ya (Zakaria) Kayem, Pondok Banlum, dan Tuan guru haji Mad (Muhammad) Mudsem, Pondok Prik Sadao.     

Daerah Sadao juga termasuk daerah bergolok dalam konflik Patani, terdapat beberapa serangan dan pertempuran kian berlaku sejak tercetusnya konflik Patani.




No comments:

Post a Comment