Difinisi cara ringkas minoriti, golongan sosial yang jumlah
warganya lebih kecil jika dibandingkan dengan golongan lain dalam suatu
masyarakat atau di dalam suatu Negara.
Orang
Melayu Patani bukanlah suatu golongan minority dalam masyarakat Siam
(Thai ), kerana mereka mempunyai Negara sendiri yang berdaulat, sesudah dijajah oleh Siam (tahun
1785 m.) mereka di gelar golangan minoriti
demi kepintangan dalam kontek politik, sosial dan ekonominya.
Oleh
kerana perbezaan ini biasanya dilihat negatif, ini mengakibatkan bermacam kalimah dipanggil, seperti bandit, teroris
dan pemisah. Ini selalu mejadi alat politik penjajah, dan menjebak orang Melayu
Patani berada di pojok.
Orang Melayu Patani sebenarnya majoriti dan identitinya
jelas, hanya olah penjajah saja yang mendiskriminasikan keberadaannya, sehingga
seolah-olahnya mereka menompang orang baik di tanah kelahiran sendiri, apatah
lagi di luar.
Jesteru itu, semuga
orang Melayu Patani
sedar, serta memahami statusnya, dengan ringkasnya “Siapakah kita”. Melayu Patani bukan bersendirian, apabila dikaitkan dengan
rumpun Melayu yang begitu besar jumlahnya di Nusantara ini, kalau dibandingkan
dengan bangsa Siam. Jati diri Melayu yang begitu luhur dan bersehaja itu,
memiliki kemampuan yang tangguh untuk menghadapi berbagai cabaran dan ritangan.
Melayu megah, cemerlang dan gemilang di rantau Asia. Melayu mampu dan sanggup
menerima setiap cabaran sesuai dengan perkembangan zaman. Tamadun Melayu
berkesan kepada penyebaran agama Islam semenjak 1.400 tahun yang lalu.
Melayu
dalam sejarah kerajaan-kerajaan terdahulu. Banyak mengukir sejarah
kegemilangnya. Bermulanya dari zaman Langkasuka dan Kota Mahligai menjadi pusat
kerajaan dan pentadbiran rakyatnya. Keamanan dan kesejahteraan rakyat terjamin
dalam semua aspek kehidupan.
Menjadi kota
yang makmur dan bertamadun maju. Kerajaan Patani, Kedah dan Kelantan pula
menjadi tiga serangkai dalam membangun dan mempertahankan identiti Melayu
Islam. Tamadun kebudayaannya di kenal dalam banyak catatan dan tulisan
penjelajah terdahulu. Mulai dari catatan Cina, Belanda, dan Arab.
Boleh kita
jumpa catatan ini dalam buku-buka sejarah dan bukti kebenaran tersebut.
Kerajaan Melaka, Pahang dan Johor pula seperti tiga saudara kandung.
Kecemerlangan dan tamadunnya tercacat semenjak dari abad ke-12. Kini masih
dapat dirasai oleh rakyatnya. Kerajaan Suwarna bumi telah menjadi kerajaan
Melayu tua dalam catatan sejarah. Kemasyhuran dan kemegahan masih menarik
kajian ahli-ahli sejarah moden. Keberadaannya sekarang ialah di Sekitar
Palembang, Padang dan Riau.
Sekarang termasuk di dalam wilayah Indonesia.
Kerajaan Pasai Aceh juga tercatat dengan jelas bahawa pengaruhnya tersebar ke
seluruh pelusuk negeri-negeri Melayu. Banyak Alim Ulama dan cerdikpandai yang
mengabadikan tulisan dan ilmu mereka.
Boleh kita jumpa dalam buku-buka di
perpustakaan tua dunia. Melayu bukan tidak mampu dan tak berdaya. Sejarah cukup
memberikan bukti bahawa Melayu mampu bertahan dalam segala hal. Kerajaan dan
rakyat bersatu dalam membela negerinya dari ancaman, baik dari luar mahupun
dalaman. Kemampuan orang Melayu secara individu juga tidak kalah dengan bangsa
lain didunia.
Semangat Melayu dan Islam ini perlu kita pertahankan.
Musuh dan lawan kita hadapi
bersama. Kawan dan teman kita hormati dengan buudi luhur
akhlak islami. Semua ini merupakan potensi yang dianugrahi secara azali,
seharusnya kita jaga dan melestarikannya, agar Melayu tetap berdaya saing dalam menghadapi cabaran dan tantangan di
masa sekarang juga di masa hadapan,
semoga Melayu sesuai dengan keberadaanya itu, dapat mewarnai hidup dan kehidupannya; baik
politik, sosial budaya dan agamanya di rantau ini.
No comments:
Post a Comment