Wednesday, 6 February 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN JANUARY (1/2019 M.)


1/1/2019M. 
-Sekumpulan pemuda lengkap dengan senjata api berseragam menyerupai ranjer menyerang relawan tentera unit pengawal mukim (Cor.Kor.Tor) mukim Pracan yang sedang mengawal sekolah kebangsaan kampung Pukop, mukim Pracan, daerah Yarang, wilayah Pattani. menyebabkan 4 orang relawan mati ditempat kejadian, bersama ini pelaku sempat merampas senapang jenis HK-33 sebanyak 4 laras dari mangsa.

3/1/2019M.
-Seorang pemuda berusia 28 tahun ditembak mati di kampung Taliang, mukim Kok saton, daerah Takbai, wilayah Menara. 

-Encik Muhammad Sukri Kamuyo, 50 ketua Dewan pentadbiran mukim (Nayok OBT.) mukim Cakuah ditembak mati di Kg,Telok Hala, mukim Cakuah, daerah Raman, wilayah Jala. Beliu juga dikatakan bakal pencalun wakil rakyat.

4/1/2019M. 
-Encik Usman Yusop, 54 timbalan Tok penghulu Bhg. Keamanan (Por.Ror,Sor) ditembak ketika perjalanan pulang dari solat dalam masjid dalam kampung Tajalor, mukim Tokjong, daerah Nongcik,wilayah Pattani. Mangsa cedera parah. 

-Encik Mad Tokpek, 50 Tok penghulu kampung Pulau rotan (Kokwai), mukim Wad, daerah Yarang, wilayah Pattani ditembak dalam perjalanan pulang kerumahnya di Kg.Pulau rotan. Mangsa cedera parah.  

5/1/2019M. 
-Pihak keamanan Siam menahan Cikgu Nuriah Pokli seorang guru sekolah Melayu (tadika) Kg, Sungai Baru, daerah Nongcik, wilayah Pattani. Dan dibawa siasat keKem tentera Telaga Bakung, Pattani. 

-Sekumpulan bersenjata menyerang tembakan kearah sebuah rumah milik Matroning Moklohpaka di kampung Tabuh, mukim Belukar samak, daerah Bacok, wilayah Menara. 

8/1/2019M. 
-Sebutir bom yang mengisi bahan letupan bom seberat 30 Kg. dalam Tong ges dipasang dalam sebuah kereta (Car bom) meletup dipagar unit operasi khusus wilayah Senggora (Cor. Kor.Songkhla) di kampung Nikom tiba, mukim Huipling, daerah Tiba, wilayah Senggora.  menyebabkan 6 orang pegawai polis cedera parah dalam serangan ini. kata polis kereta yang diisi bahan letupan bom disamun dari encik Somnuk Smotantawi, 62 seorang guru pesara dari kg, Sebaya, daerah Sebaya, wilayah Senggora sebelum dibunuh dengan mengantung leher dalam kediamannya. 

-Berlaku serangan bom keatas rondaan pengawal guru unit ranjer 2203 Kg, Pohon saga, mukim Mokmawi, dawerah Yarang, wilayah Pattani. seorang ranjer cedera dan seorang kanakkanak cedera ringan akibat terkena serpihan bom. Turut musnah 2 buah rumah milik rakyat awam dan pejabat pelajaran luar sekolah (Kor.Sor.Nor) serta sebuah kereta pikap milik orang awam. 

11/1/2019M. 
-Encik Abdullah Sarai, 62 imam masjid kampung Perupot ditembak mati oleh 2 orang berseragam hitam (disyakki ranjer Siam) berhampiram kem kecil ranjer setelah menunaikan solat dimasjidnya, peristiwa berlaku di kampung Perupot, mukim Resok ook, daerah Resok, wilayah Menara. mangsa adalah bekas tertuduh kes keamanan dan dibebaskan kerana tidak ada bukti kesalahan dan dibebaskan oleh mahkamah wilayah Menara pada tahun 2013M.

12/1/2019M. 
-Pegawai keamanan Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu kawasan kampung Tekedam, mukim Telok Kapor, daerah Yaring, wilayah Pattani. berlaku tembak menembak dengan pejuang Patani menyebabkan 2 orang pejuang kurban syahid  dan pihak tentera siam cedera parah seorang. Dalam pertemporan ini pihak tentera siam menembak kearah kediaman rakyat awam menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan dikenali adik Khairul Ibtisan Awae, 8 tahun cedera ringan. 2 orang pejuang yang gugur syahid adalah:      
1) Asy-Syahid Abdullah Samae, 29 berasal Kg. Tekedam, Pattani.      
2) Asy-Syahid Abdullah Ceklong, 37 berasal Kg, Kerisek, Pattani. Turut dikesan bersama mereka selaras pistol jenis .99 mm. dan selaras senapang jenis AK-47 beserta pelurunya. 

13/1/2019M. 
- Encik Warin Sengcan Bakal Pencalon Wakil Rakyat Parti Phalang Chadthai Mati ditembak Bersama isteri dalam kediaman mereka di kampung Kabang, daerah Kabang, wilayah Jala. 

-Balai polis mukim Napradu, daerah Kokpor, wilayah Pattani diserang hendap oleh 6 orang pemuda lengkap dengan senjata api menyebabkan seorang pegawai polis mati ketika sedang mengawal dalam pos kawalan depan balai tersebut. bersama ini pelaku sempat merampas senjata api dan baju kalis peluru dari mangsa.  

-Seorang rakyat awam Melayu berusia 32 tahun ditembak di Kg,Air cik, mukim Kuala kawel, daerah Seri sakon, wilayah Menara. Mangsa cedera.  

17/1/2019M. 
- Dua orang pemuda disyaki anggota gerakan pembebasan Patani di tahan Pegawai keselamatan Siam dalam operasi mengepung Kampung di Kg, Pakal Lesung, daerah Nongcik, wilayah Pattani. dikenali Abdul stopa Sulong, 33 berasal Kg.Tokjong, Pattani bersamanya rekot waran tangkap kes keamanan oleh mahkamah wilayah Pattani. 

18/1/2019M. 
- Pihak tentera Siam melakukan operasi dan menahan seorang imam masjid merangkap guru sekolah tadika dikenali saudara Fakrurozi Abu, operasi ini dilakukan di kawasan Kg. Riko, daerah Sungai Padi, wilayah Menara. 

-Serangan bom keatas rondaan polis ketika mereka manaiki 2 buah motosokal di kampung Tajalo, mukim Tokjong, daerah Nongcik, wilayah Pattani. 2 orang polis cedera dalam serangan ini.  

- 2 butir bom diserang keatas rondaan ranjer unit 4818 bom pertama berisi bahan letupan bom dalam kotak besi seberat 10 Kg. dan satu lagi mengisi dalam tong ges seberat 20 Kg. menyebabkan 6 orang ranjer parah. peristiwa berlaku di Kg.Tokdeng, daerah Sungai Padi, wilayah Menara. 

-Berlaku tembak menembak Antara pejuang Patani dengan tentera Siam kertika dalam operasi menyiasat dan mengepung kampung kawasan Kg. Teko, mukim/daerah Canek, wilayah Menara. menyebabkan seorang pejuang kurban Syahid dikenali Hasan Matli, 31 berasal Kg. Bongor, wilayah Menara. Pihak tentera Siam mengesan selaras senapang jenis AK-102, 6 buah kemah kecil dan beberapa kelangkapan peribadi.  

-Sekumpulan lengkap dengan senjata api menyerang masuk kedalam Wat (vihara Budha) Ratananupap dan menembak Sami (Biksu) menyebabkan 3 orang sami maut termasuk ketua wat dan 2 orang lagi cedera parah, peristiwa berlaku dalam Wat Kg, Kokko, mukim Tokdeng, daerah Sungai padi, wilayah Menara. 

20/1/2019M. 
- Masyarakat Budha Siam yang tinggal di kawasan wilayah Jala. berkumpul dan gelar aksi di hadapan hospital Daerah Muang Wilayah Yala. Menuntut kepada pihak hospital, menyediakan kedai makan yang menjual babi bukan hanya makanan halal sahaja. 

- Pihak tentera Siam melakukan operasi keatas asrama pelajar dari sekolah Haji Harun di Lorong 1 jalan Siroros, Kedai lama Jala, Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, pihak tentera Thailand meminta semua pelajar pegang ic cart untuk mengambil gambar. 

- Pewakilan Dari Syekhul Islam Thailand dan Rumbungan Pemberita Melawat Rumah Imam Masjid kampung Perupot, Resok, Menara Yang Ditembak mati. Rombongan yang sama juga melawat Tok sami dalam rawatan di Hospital Menara. 

21/1/2019M. 
- Berlaku pembakaran keatas sebuah kereta milik kerajaan, menyebabkan musnah terbakar, kejadian ini berlaku di kawasan pejabat pentadbiran Mukim (Or.Bor.Tor) Beluka Samok, Daerah Bachok, Wilayah Menara. 

22/1/2019M. 
- Masyarakat tempatan dari berbagai agama berkumpul beramai-ramai untuk gelar aksi anti segala bentuk kekerasan yang terjadi di Patani aksi ini diadakan di kawasan lalu lintas jalan raya Daerah Khopo Wilayah Patani,  

24/1/2019M. 
-Berlaku kekecuhan apabila seorang ranjer warga Siam yang sedang mabuk menyerbu masuk kedalam masjid Darun naim (Kg,Chang nui) mukim/ daerah Sebaya, wilayah Senggora ingin membakar masjid tersebut. nasib baik beliu sempat dikawal oleh orang kampung. 

- Pihak polis Thai melakukan operasi keatas asrama masyarakat Patani yang berada di kota Bangkok, operasi ini dilakukan di kawasan asrama Lorong Ladkrabang, Kota Bangkok. 16 orang ditahan dan kebanyakan mereka bekerja di lapangan terbang Suwanabumi mereka dibawa siasat kebalai polis Ladkrabang. Laporan menyatakan Setiap orang dirampas telepon peribadi dan dipetik DNA.  

25/1/2019M. 
- Masyarakat tempatan yang berada di Patani (Thailand Selatan) beramai-ramai gelar aksi untuk menolak berbagai bentuk kekerasan yang terjadi selama ini, aksi ini di adakan di kawasan 37 Daerah yang berada di Wilayah Thailand Selatan, Laporan dari salah seorang masyarakat tempatan mengatakan pemerintah Thailand mengarah dan memaksakan kepada semua masyarakat tempatan untuk melakukan berbagai bentuk aksi. Dan kepada seseiapa yang tidak bercampur tangan akan mengambil tindakan. 

-Sebutir bom buatan sendiri mengisi bahan letupan bom dalam kotak besi seberat 10 Kg. meletup ketika rondaan polis dari Balai polis Krongpinang sedang menjalankan rondaan menyebabkan 3 orang polis cedera ringan dan 3 orang rakyat awam cedera ringan. peristiwa berlaku di Kg, Bangsal weng, mukim/daerah Krong pinang, wilayah Jala. 

26/1/2019M. 
-Berlaku letupan bom dilombong jalan raya Kg,Kok,mukim Cuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Tidak ada lapon cedera parah. 

- Pihak tentera Siam menjalankan operasi mengepung kampung Melayu serta menagkap 2 orang laki-laki, operasi ini dilakukan di kawasan Kg.Air Cheka, mukim Seribanput, daerah Serisakon, Wilayah Menara. Mereka dikenali 
1) Tuan Ibrahim Rosen dan 
2) Ilham Jangot. 

- Pihak tentera Thailand melakukan operasi mengepung sebuah perkampungan warga sipil Patani, operasi di lakukan di kawasan perkampungan Kg. Sepong, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala. 

27/1/2019M. 
-Encik Matso Abu, 41 penolong Tok penghulu Bhg. Keamanan (Sarawat Kamnan) ditembak di hadapan masjid jamek Kg,Saeb, mukim Saeb, daerah Krong pinang, wilayah Jala. Mangsa cedera parah. 

- letupan bom keatas rondaan tentera Siam yang menggunakan motorsikal, kejadian berlaku di kawasan Kg. Bangnoi, mukim Cekhe, daerah Takbai, wilayah Senggora. Tidak ada laporan cedera parah. 

28/1/2019M 
-unit pemusnah bom (Eod) Mengesan dan memusnahkan sebutir tong ges mengisi bahan letupan bom di jambatan Kg, Pujud mukim/daerah Tantor, wilayah Jala. kemudian mendapat laporan lagi berlaku tembakan keatas polis sempadan ketika beliu mengesan sebutir lagi tong ges serta kesan membakar tayar atas jalan raya di kampung Ternam. Mangsa mati ditempat kehadian dengan kesan tembakan dikepala bersama ini pelaku sempat merampas selaras senapang jenis M4 5.56MM, selaras pistol .38 dan baju kalis peluru dari mangsa. 

29/1/2019M. 
-Seorang ranjer yang bertugas di kem kecil 3304 kampung Baehor, mukim Huaikrating (Seladang), daerah Krung pinang, wilayah Jala. membunuh diri dengan senjata peribadi jenis Ak-33 hadapan kem tersebut. motif pembunuhan dari ketegangan dan kemurungan akibat konflik Patani. 

-Seorang relawan tentera warga Melayu ditembak di kampung Kuil, mukim Bukit, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Mangsa cedera parah. 

31/1/2019M. 
-Seorang pemuda warga Melayu berusia 28 tahun ditembak mati di Kg. Tolang, mukim Kayu Bongkok, daerah Raman, wilayah jala. Motif pembunuhan dalam siasatan polis.



KESIMPULAN   Bulan January (1/2019 M.) 
Peristiwa pergolokan berlaku 26 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 7 kes, Jala 7  kes, Menara 11 kes, dan wilayah Senggora 1 kes.   

Berlaku serangan bom kesemua 8 butir (sebutir bom kereta) yaitu 3 butir di Jala , 2 butir di Pattani, 2 butir di Menara dan sebutir car bom di Senggora. Tembakan dan pertemporan berlaku 18 kali: Masing-masing di Pattani 5  kali, Jala 4 kali, Menara 9 kali. tidak berlaku dalam wilayah  Senggora.    

Berlaku Sabotaj politik dan khianat dalam bulan ini sebanyak 3 tempat. wilayah Jala 1 tempat dan Menara 2 tempat.   

Angkatan bersenjata Siam mati 8 orang dan cedera parah 20 orang, Rakyat awam mati 7 orang (termasuk 3 orang sami budha dan  4 orang warga Melayu). 

Rakyat awam cedera 7 orang (6 orang warga Melayu dan seorang lagi sami budha).  

Pegawai kerajaan  mati 2 orang dan cedera parah 3 orang.   

Pejuang gugur Syahid 3 orang puluhan orang rakyat awam Pattani di tangkap termasuk 16 orang yang berkerja di kota bangkok.

Senjata milik kerajaan thai dirampas 6 laras dan pihak tentera siam merampas senjata dari pejuang 3 laras.



No comments:

Post a Comment