Monday, 11 March 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN FEBRUARY (2/2019 M.)


1/2/2019M. 
-Mahkamah wilayah Pattani menjatuhkan hukuman penjara terhadap 5 orang pemuda Patani dalam kes mengebom ranjer unit 4412 di kampung Carak kerian, mukim Tebing, daerah Teluban, wilayah Pattani pada 22/9/2017 antara lain: 
1) saudara Matyusof Mayadeng 
2) saudara Amin Hokya 
3) saudara Madsori Samae, hukuman penjara seumur hidup 
4) saudara Anas Adae dan 

5) saudara Abdul fatah Samat hukuman penjara 14 tahun. adapun saudara Matropi Kapek dalam proses peguaman dan suadara fakrudin Omar dibebaskan kerana tidak ada bukti kesalahan. 
-Encik Arifin Yahya imam Masjid Nurul Ihsan kampung Sungai baru, daerah Nongcik, wilayah Patani ditahan pihak berkuasa Siam dan dibawa siasat ke kem tentera Telaga Bakong, Pattani. 

3/2/2019M. 
-Encik Daud Mamat warga emas berusia 67 tahun ditembak mati di kampung Banklang, daerah Penarek, wilayah Pattani. 
-Sebutir bom meletup di tiang elektrik dalam kg. Banggol jering, mukim Berih, daerah Teluban, wilayah Pattani. tidak ada laporan kehilangan nyawa. 

5/2/2019M. 
-Police sergeant Muhammad faisol Matyakop, 29 ditembak cedera parah  depan kem operasi khusus (Nor,Por,Por) kg. Kuala Sira, daerah Sungai golok, wilayah Menara. sebelum melarikan diri penembak menabur paku di jalan lalu lintas tersebut. Dalam kejadian ini seorang rakyat awam berusia 23 tahun mati akibat peluru sesat. 
-Tembak mati seorang perinsik polis upahan 4500 kup dikenali Matropi Deramae, 42 di kampung Gajah mati, mukim Tebing, daerah Bacok, wilayah Menara. 
-Seorang relawan tentera warga Melayu berusia 40 tahun ditembak mati di kampung Sipol, mukim Calerm,daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Mangsa cedera parah. 
-Serangan bom ke atas kereta perisai reva milik ranjer unit 3315 di selengkoh Kg. Pawang, daerah Bengdang setar, wilayah Jala. Tidak ada laporan cedera parah. 

9/2/2019M. -Berlaku pengkhianatan ke atas patung Budha Siam, menyebabkan musnah, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Bannot, mukim Pial, Daerah Sebaya, Wilayah Senggora. 10/2/2019M. -Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menangkap seorang laki-laki yang bernama Ibrahim Watumat, operasi ini dilakukan di kampung pasir putih, Mukim Paku, Daerah Tungyangdeng, Wilayah Patani,  -Tembak mati rakyat awam dikenali saudara fauzi Lateh berusia 40 di kg.Lahar, mukim Lahar, daerah Teluban, wilayah Pattani. 

11/2/2019M. 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan terjadi pertempuran diantara tentera Thailand dengan pejuang Patani, operasi ini berlaku di kawasan bukit Air Lakho, Mukim Cang Peak, Daerah Canek, Wilayah Menara. 2 orang gugur syahid dan 8 orang tentera Siam cedera parah, beberapa buah kemah kecil persembunyian dan selaras senapang jenis AK 102 dan selaras senapang jenis  M. 16 dirampas pihak penguasa Siam. Antara nama pejuang yang gugur Syahid adalah :   
1) Asy-Syahid Aziz Yama, 37 berasal Kg. Suge, mukim Dusun Nyior, wilayah Menara  
2) Asy-Syahid Sukri Mamu’,36 berasal Kg.Serdang, mukim Sako, daerah Sungai padi, wilayah Menara. 

12/2/2019M. 
-Mahkamah wilayah Nathawi menjatuhkan hukum terhadap 5 orang pemuda dalam kes menyamung kereta dan memproses carbom dalam daerah Nawi pada 16/5/2017 antara lain :  
1) saudara Adnan Sai’ hukuman mati  
2) saudara Panumad lisen   
3) saudara Matroyi Radeng      
4) saudara Hariah Kari dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan   
5) saudara Abdul Manaf Cekloh dihukum penjara 2 tahun.  
- Pihak polis Thailand melakukan operasi dan mengejar sebauh kereta, di kampung Bendang Dalam, Daerah Teluban, wilayah Patani, ketika mengejar kereta tersebut polis tertembak seorang wanita warga tempatan berusia 59 tahun menyebabkan mangsa cedera parah akibat terkena peluru sesat. 
-2 orang rakyat Malaysia ditembak hadapan bengkel kereta dalam pekan Sungai golok, wilayah Menara mereka dikenali 1) encik Sulaimi bin Mat ali, mati ditempat kejadian manakala rakannya encik Mohd. Shahrul abd.Aziz cedera parah.

13/2/2019M. 
-Serangan bom berisi dalam tong ges seberat 20 kg. terhadap pik-up peribadi milik ketua unit renjer 4501 di kampung Hulu parit, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Mangsa terselamat dari serangan ini. 
-Sabotaj memasang bom palsu di pantai Samila, daerah Muang, wilayah Senggora. -Polis menahan saudara Yuhari Samail, 30 disempadan Malaysia –Thailand kampung Belukar mukim Kosit, daerah Takbai, wilayah Menara. 

14/2/2019M. 
-Serangan bom keatas rondaan ranjer unit 4504 di kampung Papai, mukim Tanjung lima, daerah Tanjung mas, wilayah Menara. Tidak ada laporan kecederaan. 
-Tentera Siam menjalankan operasi mengepong kampung Melayu kawasan kampung Saga, mukim Beserat (Thasap) wilayah Jala. Memetik DNA dari saudari Yisah Same seorang aktivis kemanusiaan JAWANI serta menahan saudara Matropi Cekhe, 27 tahun ketua angkatan belia kampung Saga. 
-Saudara Ahmad Dolohbongor sukarelawan pembantu peguam muslim wilayah Jala. Ditahan pihak penguasa Siam di kampung Repil, daerah Krong pinang, wilayah Jala. 
-2 orang rakyat awam warga Melayu ditembak mati di atas bukit kampung Carak
Keladi, mukim Jaha, wilayah jala. 

15/2/2019M. 
- Pihak tentera Thailand dan unit eod mengesan dan memadam sebuah motorsikal yang di syakki sebagai sasaran letupan bom, kejadian ini berlaku di kawasan hadapan mesin ATM bank Tor.kor.sor. cawangan daerah Bachok, wilayah Menara. 

16/2/2019M. 
-Encik Manaf Awae, 55 tahun penolong Tok penghulu Bhg. Keamanan ditembak mati di kampung Gelong gajah, mukim Anak bukit, daerah Kokpor, wilayah Pattani. 
-Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Mattani Wadengpong, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan kampung kepala batas, Mukim Lubuk Bayas, daerah Jeringa, wilayah Menara. 

17/2/2019M. 
-Seorang rakyat awam berusia 30 tahun ditembak di kampung Temusu, mukim Golok, daerah Weng, wilayah Menara. Mangsa cedera. 
- Berlaku kemalangan ke atas sebuah trak tentera Siam di kampung Palas, daerah Penarek, wilayah Pattani. Dilaporkan lebih dari 10 orang tentera cedera parah. 

18/2/2019M. 
-Seorang ranjer warga Siam berusia 43 tahun bertugas di Unit ranjer 47 wilayah Jala. Ditembak mati dalam kediamannya di mukim Pawong, wilayah Senggora.

19/2/2019M.  
- Ustaz Bukhori Tokwi tenaga pengajar di Ma’had darul Marif, Pattani ditahan oleh Pihak tentera Siam di kediamannya kampung Buloh Minyak, mukim Telaga bakong, daerah Nongcik, wilayah Pattani. 
- Seorang polis berusia 43 tahun bertugas di balai polis daerah Maelan, wilayah Pattani membunuh diri dengan pistol peribadinya dalam kediamannya kampung Cerang nibong, mukim Paka harang, daerah Muang. Wilayah Pattani. Motif pembunuhan akibat ketegangan konflik. 
- Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Tarmizi Sem, 41 tahun menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kampung Banggul Kubur, Mukim Bongor, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. 
-Tembak mati seorang warga tempatan berusia 26 tahun di kampung Banggol Jebeng, mukim Kelubi, daerah Kakpo, wilayah Pattani. 

20/2/2019M.
 -Mahkamah wilayah Jala menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap saudara Nuwar Panok dalam kes mengebom rondaan tentera di kg. Klongcing, daerah Kabang, wilayah Jala. pada 8/1/2009 dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas saudara Abdulloh Ceksamae, Waemayuki Semoh dalam kes mengebom tiang elektrik dalam mukim Paron, wilayah Jala pada 7/4/2017M. 
-Tembak masuk ke dalam wad (Biara Budha) kampung Banklang, daerah Penarek, wilayah Pattani. Tidak ada laporan kecederaan.  

22/2/2019M. 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi ke atas beberapa buah rumah warga sipil Patani dan memetik DNA rakyat awam kawasan kampung Telok wel, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala  
-Berlaku tembakan ke atas 2 orang pemuda Melayu di kampung Bendang kaseng, mukim Lubok bayas, daerah Jeringa, wilayah Menara. seorang mati dan seorang lagi cedera parah.

23/2/2019M. 
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi dan menagkap seorang laki-laki yang bernama Abdul Qadir Waeyusuf, operasi ini dilakukan di kawasan Daerah Khopo, Wilayah Patani. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, Abdul Qadir Waeyusuf salah seorang ustaz yang mengjar di Wilayah Patani. 

24/2/2019M. 
-Polis menemu mayat warga Siam dalam sungai kampung Usir, mukim Yupo, daerah Muang, wilayah Jala. 

26/2/2019M. 
-Serangan bom ke atas rondaan berjalan kaki pasukan ranjer unit 3311 di kampung Ubae, mukim Bacok, daerah Bendang Setar, wilayah Jala. menyebabkan seorang ranjer mati dan 2 orang cedera parah. seorang wanita tempatan cedera ringan akibat serpihan bom.  
-8 orang pemuda disyakki pejuang Patani menculik serta membunuh dengan tembakan ke atas 2 orang pegawai polis. mangsa diculik dalam sebuah warong di Kg. Bukit, daerah Becah airong, wilayah Menara. penculik merampas selaras senapang jenis M.16 (M.4), selaras pistol jenis .9 MM. dan selaras pistol .45 dari mangsa. Beberapa jam kemudian polis menemui pik-up tersebut sudah dibakar dalam kawasan kampung Belukar, mukim Kosit, daerah Takbai, wilayah Menara.

27/2/2019M. 
- Berlaku tembakan ke atas seorang laki-laki yang bernama Matyasin Yama usia 45 tahun, menyebabkan mangsa maut ditempat, kejadian ini berlaku di kawasan kampung Telok Mena, mukim Telok Mena, Daerah Tunyangdeng, Wilayah Pattani. 

28/2/2019M. 
-Seorang tentera Siam berusia 24 tahun ditembak mati di depan masjid Bacok, daerah Bacok, wilayah Menara.  
-Berlaku tembakan ke atas seorang wanita warga siam berusia 30 tahun. kejadian berlaku di kampung Airweng, mukim/daerah Betong, wilayah Jala.


KESIMPULAN   Bulan February (2/2019 M.) 

Peristiwa pergolokan berlaku 29 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 8 kes, Jala 4  kes, Menara 14 kes, dan wilayah Senggora 3 kes.   

Berlaku serangan bom kesemua 6 butir  yaitu 2 butir di Jala , sebutir di Pattani, 3 butir di Menara. tidak berlaku di Senggora. 

Tembakan dan pertemporan berlaku 21 kali: Masing-masing di Pattani 7  kali, Jala 2 kali, Menara 11 kali. dan  Senggora 1 kali.    

Berlaku Sabotaj politik dan khianat dalam bulan ini sebanyak 2 tempat. kesemua di wilayah Senggora.   

Angkatan bersenjata Siam mati 6 orang dan cedera parah 12 orang, Rakyat awam mati 12 orang (warga Melayu 10 orang dan warga Siam seorang) Rakyat awam cedera 5 orang (kesemua warga Melayu).  

Pegawai kerajaan  mati 2 orang (kesemua warga Melayu tidak ada yang cedera parah.   

Pejuang gugur Syahid 2 orang puluhan orang rakyat awam Pattani di tangkap termasuk beberapa orang aktinis HAM dan guru agama(Ustaz). 

12 orang pemuda pejuang Patani dihukum mati dan dipenjara.



No comments:

Post a Comment