Monday 11 March 2019

WILAYAH SETUL


Setul dahulu Setul (atau Satun mengikut pelat sebutan orang Siam) merupakan wilayah terakhir Negeri Kedah yang terlepas ke tangan Siam/Thailand. 

Nama Setul merupakan nama dalam Bahasa Melayu yang dipercayai berasal dari nama sejenis pokok. 

Berdasarkan sejarah, wilayah pantai barat Segenting Kera (hingga ke Tanah Sari / Tenasserim dalam wilayah Myanmar pada hari ini) termasuk Setul adalah sebahagian daripada Negeri Kedah. 


Ia kemudiannya dirampas oleh Siam pada tahun 1813 dan diperintah oleh Gabenor Siam berpusat di Nakhon Si Thammarat (Negara Sri Dharmaraja). 

Pada tahun 1897, Setul dan Perlis dikembalikan kepada Negeri Kedah yang ketika itu di bawah pengaruh Siam dan dikenali dengan nama Siam iaitu ‘Saiburi’. 

Sehingga 1813M, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. 

Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana kebanyakan penduduknya ialah bangsa Thai. 

Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. 

Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933. Pada asalnya, wilayah ini dibahagikan kepada 2 daerah – Mambang dan Thung Wa – dan daerah kecil (King Amphoe) La-ngu. 

Disebabkan oleh penurunan pengeluaran lada di daerah Thung Wa, pada tahun 1930 kerajaan menjadikan Thung Wa daerah kecil dan mengisytiharkan La-ngu sebagai daerah. 

Pada tahun 1939 Mambang ditukar nama kepada Mueang Satun. 

Khuan Kalong telah dipisahkan daripada daerah Mueang pada tahun 1969, Tha Pae dipisahkan pada tahun 1976 dan Manang pada tahun 1996. 

Pada tahun 1973 Thung Wa mendapat kembali status daerah. Khuan Don telah ditubuhkan pada tahun 1975 dengan memisahkannya daripada daerah Mueang.     

Setul sekarang Setul/Satun merupakan salah satu wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala utara ikut jam) ialah Trang, Phattalung dan Songkhla. 

Di bahagian selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia.        

Geografi : 
Satul terletak di paling selatan negasa Siam sebelah lautan Andaman dan sebelah utara Semenanjung Malaysia dan berpantai dengan Laut Andaman. 

Taman marin Ko Tarutao dan Phetra terdapat di wilayah ini. 

Berdekatan dengan sempadan Malaysia ialah Thale Ban, sebuah taman yang memiliki sebuah rawa air tawar yang besar.  Memiliki keluasan 2,478,977 km2 dengan 7 buah daerah, 36 buah mukim, dan 277 buah kampung. 

Ditadbir dengan sebuah majlis perbandaran (Thesaban mueang), 5 buah Majlis perbandaran mukim (Thesaban tambon). dan 35 buah Majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor). mempunyai 105 pulau, tanah pesisiran pantai sepanjang 144.80 Km. 

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Ratphum, Senggora, daerah Pabon, wilayah Phattalung dan daerah Palian, wilayah Terang. 

Sebelah selatan bersempadan dengan negeri Perlis dan negeri kedah, Malaysia. Sebelah Timur bersempadan dengan daerah Sadoa, wilayah Senggora. dan Sebelah Barat bersempadan dengan laut Andaman. 

Demografi: 
Jumlah penduduk dalam wilayah Setul masa kini mengikut statistik dari jabatan statistik Negara Thai tahun 2017 M. Sebanyak 319,700 jiwa, terdiri dari kaum Melayu Muslim dan kaum Siam Budha.

Kawasan Pentadbiran: 
Satul dibahagikan kepada 7 daerah (amphoe). Daerah-daerah ini dibahagi lagi kepada 36 sub-daerah/mukim (tambon) dan 277 kampung (muban). 

Satul sendiri ialah satu-satunya bandar (Thesaban muang), terdapat 5 lagi bandar (Thesaban tambon). 

Kawasan bukan perbandaran ditadbir oleh 35 organisasi pentadbiran Tambon (TAO/OBT). antara nama daerah dan mukim dalam wilayah ini  adalah sebagai berikut:  

1) Daerah Muang (M; Mambang) mempunyai 12 buah mukim 70 buah kampung: 1.Mk.Piman 2.Mk.Klong khud (7 buah kampung) 3.Mk.Khuamkan (6 buah kampung) 4.Mk.Bankhuan (7 buah kampung) 4 Mk. Celung (14 buah kampung) 6.Mk. Koksarai (7 buah kampung) 7.Mk.Tanjong po (3 buah kampung) 8. Mk. Cik Bilang (6 buah kampung) 9.Mk.Tamamlang (3 buah kampung) 10.Mk.Puyu (3 buah kampung) 11.Mk.Khuan po (7 buah kampung) 12.Mk. Ketri (7 buah kampung). 

2) Daerah Khuan don (M;Dusun ) mempunyai 4 buah mukim 30 buah kampung 1.Mk.Khuandon (9 buah Kgampung) 2.Mk. Khuan sato (10 buah kampung) 3.Mk.Yansue (7 buah kampung) 4.Mk. Wanprachan (4 buah kampung). 

3) Daerah Khuan Kalong (m;Padang kecil) mempunyai 3 buah mukim 32 buah kampung: 1.Mk.Tung nui (12 buah kampung) 2.Mk.Khuan kalong (11 buah kampung) 3.Mk. Udai caron (9 buah kampung). 

4) Daerah Thaphae (m;Beraket) mempunyai 4 buah mukim  28 buah kampung: 1.Mk. Thapae (10 buah kampung) 2.Mk. Perak (6 buah kampung) 3. Mk Sakhon (7 buah kampung) 4 Mk. Tharua (6 buah kampung). 

5) Daerah La’ngu (m;Laut) mempunyai 6 buah mukim 61 buah kampung: 1.Mk.Kampeng (12 buah kampung) 2.Mk.La-ngu (18 buah kampung) 3.Mk.Khaokao (7 buah kampung) 4.Mk. Paknam (7 buah kampung) 5.Mk.Nampud (11 buah kampung) 6.Mk. Lemson (6 buyah kampung). 

6) Daerah Tungwa (m;Sungai upe) mempunyain 5 buah mukim 35 buah kampung :1.Mk.Tungwa (10 buah kampung) 2.Mk.Natgon (9 buah kampung) 3.Mk.Khonklan (4 buah kampung) 5.Mk.Thung bulan (5 buah kampung) 5.Mk. Pakaebohin (7 buah kampung). 

7) Daerah Manang mempunyai 2 buah mukim 19 buah kampung :1.Mk. Palm patna (10 buah kampung)  2.Mk.Nikom patna (9 buah kampung). 

Agama, Bahasa dan Kebudayaan: 
Rakyat jelata dalam Wilayah Setul majority beragama Islam 67.8% mempunyai masjid sebanyak 228 buah, manakala kaum Siam Budha hanya 31.9% dengan jumlah wad (candi Budha) 30 buah, selebihnya adalah agama lain seperti Kristian dan sebagainya. 

Beberapa nama tempat di Setul berasal dari perkataan Melayu masih lagi digunakan pada hari ini tetapi telah berubah mengikut pelat orang Siam.

contohnya : Muang setul berasal dari Mambang, daerah Khuandon berasal dari Dusun, daerah Thapae berasal dari Beraket, daerah La’ngu berasal dari Laut.  

Pada hari ini, wilayah Setul merupakan salah satu daripada empat wilayah di Thailand yang majoriti penduduknya masih beragama Islam. 

Percampuran antara penduduk daripada Bangsa Melayu dengan Siam telah melahirkan satu etnik baru yang dikenali dengan nama Sam-sam. 

Walaupun begitu, agak mendukacitakan apabila kurang daripada 10% daripada penduduk Melayu-Islam di wilayah ini yang masih mengaku berketurunan Melayu. 

Tambahan pula, ramai dikalangan mereka tidak lagi mampu untuk bertutur dalam Bahasa Melayu pada hari ini, hanya 13 buah kampung dalam 3 mukim yaitu mukim Cikbilang, mukim Tammalang dan mukim Bankhuan sahaja masih berkhutbah jumat dengan Bahasa Melayu.



No comments:

Post a Comment