Suatu
pernyataan politik tidak sihat dan pembelokan fakta sebenar oleh Genderal
Udomcai Tammasarurat tentang konflik di Patani. Pernyataannya, sangat tidak
realistik terhadap arah tuju dan kelanjutan proses pembicaraan damai.
Pengelabuan fakta yang sebenar terhadap realiti Barisan Revolusi Nasional
Melayu Patani (BRN). Gen. Udomcai T. mengatakan organisasi ini tidak memiliki
susunan yang baik dan solit. Hanya sahaja beberapa orang yang di anggap penting
dalam organisasi ini. Sebuah pernyataan geli dan tidak bermarwah sebagai ketua
Tim Delegasi.
Apa lagi Tim ini mewakili Agenda Kebangsaan Thailand, yang di
tugaskan oleh pihak Perdana Menteri.
Hasilan daripada rampasan kuasa demokrasi
rakyat Thailnad sendiri. Sikap Gen. Udomcai T. ini memang tidak layak lagi
menjadi ketua Tim Delegasi Thailand dalam proses pembicaraan damai. Kerana
sudah di anggap tidak bermarbat dan murahan oleh mana-mana pihak yang
mendengarkan temu bual dirinya dan wartawan di beberapa kesempatan.
Kenyataan
yang menjadi rahasia umum bahawa BRN adalah oraganisasi yang tersusun sangat
baik dan rahasia. Organisasi yang memiliki keanggotaannya daripada setiap
kalangan rakyat bangsa Patani.
Bermula daripada para ulama muktabar,
intelektual dari berbagai bidang, yang memiliki kepakaran hampir setiap aspek.
Golongan terpelajar dan berakhlak baik,juga bermoral
dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam setiap lapisan kehidupan di 4 wilayah
terdapat anggota BRN.
Terdiri daripada Pejabat kerajaan Thailand sendiri, iaitu
Pejawat awam, Polis, Tentera dan rela. Guru-Guru sekolah kebangsaan dan
pegawai-pegawai kerajaan lainnya. Kerana BRN merupakan organisasi rahasia dan
bersifat UNDER GROUND.
Maka, menjadi fakta dan sangat rasional sekali bagi
pernyataan-pernyataan Pertubuhan Antarabangsa, seperti Internasional Crisis
Group (ICG), Pertubuhan SASAGAWA Jepun,
ICRC Swisszeland, Erope Union (EU) dan banyak lagi yang tidak disebut.
Pertumbuhan-petumbuhan antarabangsa ini sangat memahami tentang isu konflik di
Patani.
Mereka bahkan tahu bahawa BRN-lah berperanan penting terhadap konflik
di selatan Thailand. Beberapa daripada mereka juga berkesempatan menemui dan
temu bual bersama Angkatan Bersenjata BRN.
Kombetan BRN adalah yang terkuat dan
tingkat operasinya sangat
akfektif, juga menepati sasaran dalam setiap operasi yang dilancarkan. BRN mendapat
pengakuan daripada perbagai pihak. Seperti Gen. Sumret Seerai, yang cukup lama
bertugas di 4 wilayah.
Dia sendiri banyak membuat kajian tentang struktur dan
susunan BRN. Hasilnya, di akui bahawa BRN mempunyai susunan yang lengkap dan
terdapat susunan yang sulit di fahami. Bersifat rahasia dan susah dikenali
keanggotaannya dan mempunyai kekuatan yang susah untuk dikalahkan.
Chaiyung
Maneerungsakun, selaku Preseden Perkumpulan Surat Khabar Wilayah Selatan, yang
sudah sekian lama bertugas di 4 wilayah, dengan jelas menyatakan bahawa BRN-lah
yang menguasai kawasan dan rakyat, juga aktif bergerilya di 4 wilayah tetsebut.
Tambahnya, operasi BRN selalu berjaya dan susah untuk menangkap pelakunya.
Kerana mendapat sokongan dan bantuan daripada rakyat tempatan. Dia juga
mengatakan, proses pembicaraan damai tidak akan kemana-kemana. Selagi BRN tidak
di perakui posisi sebenarnya dalam isu konflik ini. Dengan ertian kata, BRN di
terima sepenuhnya sebagai lawan pembicaraan pihak kerajaan Thailand.
Cukup
sampai di sini sahaja bagi Gen. Udomcai T., untuk membawa Tim delegasinya dan
tidak mungkin sampai kemeja perundingan damai yang dialu-alukan. Sikap tidak
menghargai lawan dialog, juga telah membuktikan dirinya.
Dengan berkelakuan
politik yang tidak sopan, menolak bertemu dengan Delegasi Majelis Rakyat Patani
(MARA PATANI), yang selama 7 tahun ini menjadi lawan dialog kerajaan Thailand.
Sebagai moral negarawan dan ketua Tim delegasi Thailand. Sepatutnya sikap
tersebut, tidak ditunjukan dengan pernyataan-pernyataan melalui silap lidah di
media. Yang akhirnya, Gen. Udomcai T. yang kehilangan arah tuju dalam proses
yang dia upayakan.
Boleh di katakan, kembali balik ketitik nol. semula dan
hilang puncanya. Jika memang niatnya untuk mengetepikan MARA PATANI. Maka
semuanya akan kembali ketahun 2013, dengan kembali mencari aset pertama dikala
itu iaitu Ustaz Hasan Toyeb.
Sandiwara apa lagi yang akan
ditunjukan oleh Gen. Udomcai T. kepada bangsa Patani. Polisi damai di bawah
kibaran bendera masyarakat majmuk tanpa mengira etnik dan agama.
Dengan
anggapan bahawa semua agama sama, bebas bergaul dalam kesamarataan dan tidak
ada perbezaan dalam setiap aspek kehidupan. Jelas ini bukan identiti sebenar
bangsa Patani, yang salalu menjunjug tinggi nilai-nilai agama Islam, berlaku
adil bagi setiap aspek kehidupan, bertolak ansur sesama manusia dan murah
senyum dalam berakhlak.
Rasa persaudaraan yang kuat dan penuh kasih sayang bagi
setiap bangsa yang ada di wilayahnya. Persaudaraan bangsa Patani tidak hanya
terhenti di 4 wilayah sahaja. Tetapi meluas dan menyebar keseluruh Nusantara,
Malaysia, Indonesia, Brunai Darussalam, Singapura dan Pilipina.
Kemelayuan bangsa
Patani dan persaudaraan Nusantara akan menjadi kekauatan perang rakyat semesta
terhadap kerajaan Thailand. Sekiranya. Gen. Udomcai T. berusaha untuk memaksa
Ustaz Hasan T., ini tidak akan menghasilkan apaapa kepentingannya.
Apa lagi
untuk menarik Ustaz Hasan T. kembali berperanan aktif dalam proses perundingan
damai akan menjadi sia-sia. Mengingatkan bahawa tahun 2013, upaya Taksin Cinawatra
dan adiknya Yingluk Cinawatra sebagai Perdana Menteri Thailand pada masa itu.
Semua berjalan di bawah kerajaan demokrasi dan bukan Rezim rampasan kekuasaan.
Gen. Udomcai T. perlu mengkaji semula terhadap konflik ini, selama 14 tahun
perang terjadi semenjak 2004 dan terus berlangsung di setiap saat.
Di bawah 6
orang Perdana Menderi yang bersilih ganti, 2 kali terjadi rampasan kuasa oleh
tentera. Iaitu di bawah Gen. Sunti Bunyarakalim dan Gen. Prayut Cant O Cha.
Namun, BRN masih aktif perjuang di bawah satu kesatuan umat dan rakyat, yang
selalu memberi bantuan sokongan padu, tidak mengenal lelah dan selalu berjuang
untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan
Thailand.
No comments:
Post a Comment