Nabi Ibrahim (AS) ialah seorang nabi yang dilahirkan di
tengah-tengah masyarakat jahiliyah yang musyrik dan kafir. Beliau adalah anak
Azar yang masih keturunan Sam bin Nuh.
Nabi Ibrahim dilahirkan pada tahun 2295
sebelum Masehi, di negeri Mausul.
Ayah beliau adalah seorang pembuat patung
berhala dan beliau sendiri sangat membenci berhala-berhala itu. Beliau lahir
pada zaman kerajaan Raja Namrud yang mengaku dirinya sebagai Tuhan.