Friday, 5 June 2020

BENGIS TERHADAP RAKYAT

Pandemi Covid-19 menjadi ancaman kemanusiaan global dan mewabak keseluruh negara. Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa.

Walaupun kebelangan ini kes positif terus menunjukkan penurunan Kerajaan Thailand dengan sengaja, telah memperdayakan kesempatan Perintah Berkurung di seluruh negara, meningkatkan kezaliman terhadap masyarakat Melayu dan bangsa Patani.

Namun secara khusus, diperketat dan dipertajam didalam kawasan masyarakat Melayu Islam Patani. Dengan memberi fokus kepada bangsa Patani, untuk merealisasikan operasi mengintai, mengepung, membunuh dan menangkap.

Dialek Tempatan Patani (9)

PENGARUH BAHASA INGGERIS KEDALAM LOGHAT PATANI

Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa-bahasa lain antaranya bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Peminjaman perkataan daripada bahasa lain turut berlaku dalam dialek-dialek Melayu termasuklah dialek Melayu Patani.

Proses meminjam perkataan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain bukanlah suatu proses yang luar biasa kerana setiap bahasa di dunia ada meminjam kata-kata daripada satu bahasa yang lain. Contohnya, bahasa Inggeris (BI) telah banyak menambah perkataan-perkataan baru melalui proses peminjaman sehingga berkembang maju di seluruh dunia.

MENDAMBA KEMERDEKAAN

(1) Perjuangan berarti berusaha untuk menggapai sesuatu, sesuatu itu berarti apa yang kita dambakan, sesuatu yang kita dambakan itu merupakan hal-hal yang positif. Hal yang positifberarti hal yang baik.

Hal yang baik tentu bernilai pahala disisi Allah subhanahu wataala. Dunia ini tidak munkin orang yang mengalami sukses tanpa diawali dengan yang namanya “PERJUANGAN”.

Perjuangan pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk meraih suatu yang diharapkan demi kemuliaan dan kebaikan. dalam masa penjajahan di tanahair kita perjuangan adalah segala usaha yang di lakukan dengan pengorbanan, peperangan dan deplomasi untuk memperoleh dan mencapai kemerdekaan.

THAILAND BELUM MENUNJUKAN MESEJ UNTUK MEMBANGUN PROSES PERDAMAIAN YANG HAKIKI

Rundingan damai yang telah disepakati bersama oleh kedua-dua belah pihak, antara NSC (National Security Conuncil), dan BRN (Barisan Revolosi Nasinal Melayu Patani).

Telah ada pencapaian bersama, dikenal sebagai inisiatif Berlin. Antara yang dipersetujui adalah Framework dan TOR, serta mempersetujui Malaysia sebagai fasilitator, diikuti para expert. Insiatif Berlin merupakan landasan utama dan sebagai kunci untuk mencari sebuah solusi politik, terhadap konflik di Patani (Selatan Thai).

PERINTAH BERKURUNG ALAT GANDA KERAJAAN THAILAND MENZALIMI BANGSA MELAYU PATANI

Pandemi Covid-19 menjadi ancaman kemanusiaan global dan mewabak keseluruh negara.

Tanpa membezakan kepercayaan dan keyakinan dalam komuniti masyarakat antarabangsa. Namun semua pemimpin negara menyedari bahaya ini, yang menyebabkan kematian warga negaranya.

Dengan demikian, partisipasi aktif di setiap negara di tingkatkan kepada tahap tertinggi keselamatannya. Perpanduan Asas Perundangan Negara dan Akta-Akta Penyakit Tersebar (berjangkit) atau Epandemi.

Thursday, 4 June 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan MEI (5/2020 M)

1/5/2020M.
- Pihak tentera Siam melakukan operasi pengepongan di perkampungan warga sipil Melayu Pattani di kampung Ternang dan kampung Elek, daerah Kabang, wilayah Jala. Disamping itu, tentera Thailand menutup beberapa lalu lintas jalan raya untuk melakukan operasi bagi setiap pengguna lalu lintas jalan raya tersebut.

- Aparat keamanan Thailand tangkap seorang warga lokal di Patani bernama Hama Mama (atau lebih dikenal Poksu Mad), usia 81 tahun, setelah terjadi blokade dan pembunuhan luar biasa atas tiga anggota Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) di Nongcik, Paksu Mad adalah seorang pemilik rumah yang menjadi tempat para tersangka keamanan bersembunyi di Kampung Atas Jerang, Pakacina, mukim Dokrok, daerah Nongcik, wilyaha Pattani.