Tuesday, 7 April 2020

TENTERA SIAM PERUT HIJAU

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan wabak COVID-19 sebagai pandemik dan berkala, Itali dan Iran berada di barisan hadapan penyakit itu dan negara-negara lain tidak lama lagi akan turut sama mengikuti.

Kami mengharapkan menggantung operasi ketenteraan pejuang dari segi pengeboman, pembakaran, serangan hendap, dan serangan ke atas pasukan tentara Thailand dan kakitangan agensi keselamatan.

Kami ingin Thailand juga melakukan pengurangan operasi militer secara proporsional untuk mewujudkan suasana yang selamat dan terjamin bagi semua usaha awam dan swasta untuk menampung dan mencegah penyebaran COVID-19.

Dialek Tempatan Patani (7)


Senarai perkataan Arab dalam bahasa Melayu mengikut abjad

D
Dajal, Daerah, Daei ( Pendakwah), dakwah, dalfin (ikan lumba-lumba), din (agama), dubur (anus), dunia.

E
eja (pasang aksara), ente (engkau).

F
faham, Fakir - fakir (orang fakir dan miskin), Faraj / Fraj (alat kelamin wanita), faidah, Fardhu, Fitnah – fitnah, Fikr (Fikir), Furuk - furuk (pecahan, cabang)

BERKIPRAH


1) Kemerdekaan berasal dari kata “Merdeka”yang artinya bebas yaitu bebas dari segala bentuk penjajahan. dengan kemerdekaan, suatu bangsa mengatur dirinya tanpa campur tangan dari Negara lain. kemerdekaan adalah hak setiap bangsa. Kemerdekaan menjadi salah satu hak asasi manusia, kerana merupakan anugerah tuhan, sehingga tidak dibenarkan adanya penindasan dan penjajahan bangsa atas bangsa lain. kemerdekaan adalah salah satu hak asasi manusia, oleh kerana itu segala bentuk penjajahan intimidasi, teror, pemerkosaan, penganianyaan dan pembunuhan yang terjadi dibelahan negeri Patani atau di tempat-tempat lain harus ditiadakan.

CITA-CITA PERJUANGAN BANGSA MELAYU PATANI

Rakyat atau masyarakat yang berbangsa Melayu di Patani hidup dalam keadaan yang sangat memperihatikan.

Konflik dan perang yang bergolak di Patani sudah memakan waktu yang cukup panjang, sejak dari zaman pencerobohan penjajah Siam ke atas Kesultanan Melayu Patani pada tahun 1785m,

lebih-lebih lagi setelah serangan perompakan gudang senjata tentera di Kem Pileng, wilayah Narathiwas (Menara) pada tahun 2004, sampai ke hari ini, rakyat selalu difitnah, dianiyaya dan dizalim tak habis-habis.

PATRIOT, PAHLAWAN, JIHAD DAN SYUHADA

Peperangan melawan penjajah Thailand dan tentera Siam semakin memanaskan.

Oleh kerana, keengganan bangsa Siam keluar daripada bumi bangsa Patani, mereka masih pertahankan wilayah jajahannya. Begitu juga pihak tentera Siam, masih mahu bertapak di atas bumi pusaka Ibu Pertiwi bangsa melayu Patani.

Oleh kerana demikian, perang melawan kerajaan Thailand, sangat perlu kepada jiwa-jiwa patriotik dan mempunyai kesabaran yang tinggi.

PERISYTIHARAN SIKAP BRN MENGENAI COVID-19

3 April 2020/9 Sya’ban 1441 Assalamualaikum wtb.

Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menyedari bahawa COVID-19 atau Coronavirus adalah ancaman yang sangat serius kepada seluruh umat manusia di dunia ini termasuk di Patani.

Kini angka jangkitan dan kematian semakin meningkat dan ianya dijangka akan meningkat lagi sekiranya langkah-langkah kesihatan tidak diambil berat khususnya oleh warga Patani.

Selaras dengan pengumuman Jabatan Penerangan BRN melalui saluran Youtube pada tanggal 26 Mac 2020 bersamaan 6 Sya’ban 1441, kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa menjadi kewajiban bagi kita semua untuk menjaga bangsa dan keturunan daripada terjejas akibat wabak ini.

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan MAC (3/2020 M)

1/3/2020M.
- Berlaku tembakan keatas seorang lelaki yang bernama Mohamad Doha menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kampung Banprio, mukim Cerang Tadong, Daerah Raman, Wilayah Yala.
- Pihak tentera Thailand melakukan operasi keamanan, di kampung Kaotum, daereah Yarang, wilayah Pattani, serta menahan Abdul Karim Yidam bersama sepucuk pistol.
- Seorang warga Siam berusia 44 tahun ditembak mati dikampung Cekil, mukim Pen, daerah Saiburi .wilayah Pattani.