Setelah Tim Delegasi Thailand yang di pimpin
oleh General Udomcai Tammasarorat, menempuh kegagalan untuk pemaksaan bangsa
Patani ikut dalam proses perdamaian pada 24 Oktober 2018.
Sebuah mesyuarat
tergempar digelarkan oleh pihak Thailand berdasarkan surat edaran keputusan daripada
Perdana Menteri Gen. Prayut Can O Cha No. 327/2561.
Mengenai perubahan badan
negosiasi yang di perbaharui dalam beberapa hal yang berkaitan dengan unsur
perwakilan yang terlibat secara terperinci dan fungsi-fungsinya yang kental
secara parsial dan retorik.
Jika di amati terhadap proses reformasi tugasan
ini, jelas terlihat kekhawatiran luar biasa oleh Gen. Udomcai T. mengenai
keberlangsungan dan terus berjalannya proses rundingan. Oleh kerana tidak
adanya rasa percaya (Trust bulding) daripada pihak bangsa Patani terhadap
kepemimpinnya. Ini jelas sebagai fakta bahawa Gen. Udomcai T. tidak layak
memimpin Tim delegasi Thailand.
Kredibilitinya lemah, dipersoalkan dan tidak
mendapat respek daripada semua pihak yang terlibat dalam memprakarsai proses
perundingan damai. Kredebiliti Gen.
Udomcai T. yang pernah menjabat sebagai Panglima Angkatan Darat Wilayah 4. Berperanan mengomando
seluruh kekuatan tentera di bawah perintah berkurung selama beberapa tahun di
selatan Thailand.
Berdasarkan strategi “Memahami, Merapat dan Membangun”, Gen.
Udomcai T. merumuskan polisi ungulannya. Iaitu, Polisi “Bawa Balik Kerumah”(Pha
Kun Klab Ban). Polisi ini di anggap gagal dan tidak mendapat sokongan sama
sekali oleh rakyat Thailand sendiri.
Demikian pula, polisinya terlalu diperupagandakan berulang-ulang dengan
hal yang sama dan usang. Jumlah dan kuantiti yang tidak seberapa dan juga
orang-orang yang dilibatkan ialah mereka bukan sasaran yang tepat. Sebahagian
di antara mereka hanyalah berlakun sebagai drama dan sandiwara panggung.
Adapun
sebahagian lagi, mereka diberikan janji palsu dengan harapan yang hampa. Bahkan
sebaliknya. mereka di warning sebagai orang-orang yang berbahaya dan ditempatkan di luar area
bandaran dan di luar perkampungan. Mereka direlokasikan di area perbukitan dan
jauh daripada perkampungan masyarakat.
Mereka di tahan di barak-barak dalam
area yang di kelilingi oleh kamp-kamp Tentera. Layaknya, seperti binatang buas
berbaya yang selalu di awasi dan pantau di setiap detik akvitinya.
Perempuan
dan anak-anak kecil hidup di perasingan tanpa masa depan dan harapan. Hak asisi
manusia mereka diregut sepenuh oleh polisi yang diasaskan oleh Gen. Udomcai T..
Sebuah seminar pendedahan buku terbuka diadakan di Universiti Thammasad
baru-baru ini.
Dengan bertema “Bicara Perdamaian”, salah satu panelis dalam
seminar tersebut adalah Gen. Udomcai T., yang mewakili daripada pihak delegasi
rundingan Thailand. Suatu kedaifan baginya dengan mengataskan nama rakyat
bangsa Patani ingin berdamai dengan mata tertup dan terus berada di bawah
jajahan Bangkok.
Apapun itu pernyataannya, tidak akan realistis bagi bangsa
Patani menerima ajakan seseorang yang melanggar hak asasi manusia. Apa lagi
sebagai Ketua delegasi proses perundingan damai, yang selalu mengalih dan
mengelabui aspek sebenarnya kehidupan rakyat bangsa Melayu Patani. Proses
perudingan tanpa acuan yang dihaluskan oleh Gen. Odomcai T., hanyalah menjadi
golok bermata dua.
Mulut mengalu-alukan rudingan damai, sedangkan operasi
rahasia dan pembunuhan terhadap masyarakat bangsa Patani merajalela di merata
tempat. Tidak hanya sampai di situ, dia dengan segala upaya menghindar
soalan-soalan yang di tanya oleh peserta seminar mengenai “Perundingan di bawah
Perudangan Thailand”. Namun tetap tidak memberikan jawapan atas soalan
tersebut.
Adapun mengenai persaksian pihak antarabangsa terhadap proses
perundingan, jawapnya masih perlu di kaji dan di pelajari lebih lanjut. Dalam
pengertian kata, proses perundingan ini tidak formal dan tidak mengikuti
standar antarabangsa. Bahkan, hanyalah isu dan masalah dalaman negara Thailand
semata.
Mediator tidak pernah aksis ataupun wujud dalam plan rundingan damai
ini, yang ada hanyalah “Fasilitator” berperanan memberi akses kemudahan dan fasiliti menghadirkan pihak bangsa
Patani menuju meja perundingan. Kecemasan Gen. Udomcai T. terhadap dinamika
politik dalaman Thailand juga menjadi perhatian serius dan persoalan
tersendiri.
Di bawah rejim kekuasaan Tentera yang tidak lama lagi akan ada
perubahan luar biasa. Dengan bermula digelarnya pilihan raya pada awal 2019.
Ini menunjukan, sejak 5 tahun rampasan kuasa dan berada di tangan tentera akan
segera berakhir. Gen. Odomcai T. dengan estimasinya akan berupaya menekan dan
merubah peta perundingan damai dalam tempo 2 tahun ini.
Menimbulkan pertanyaan
besar bagi para intelektual dan ahli-ahli politk senior terhadap langkah dan
hala tuju proses perundingan yang akan dikemaskan oleh Gen. Udomcai T.. Kerana,
eskalasi konflik masih memanas dan suhunya tidak mampu di tebak.
Hanya sahaja,
di kawal oleh jumlah yang begitu besar berbandingkan purata penduduk di Patani.
Iaitu 135.439, yang terdiri daripada pegawai tentera, polis, rela dan pejawat
awam. Ini membuktikan juga bahawa penduduk awam di kawal 1=10 daripada setiap
penduduk di selatan Thailand secara keseluruhan.
Signifikasi skala pengawalan
ini masih membuka ruang dan kesempatan bagi para pejuang beroperesi sesuai
dengan target yang tepat.
Lalu
apa yang dibangga-banggakan keberhasilan oleh pihak kerajaan Thailand dengan
jumlah anggota keselamatan yang begitu besar.
Jelas sudah bahawa upaya proses
perundingan damai ini menjadi parsial politik belaka. Hanyalah, hembusan angin
daripada kalangan mereka sendiri untuk menarik minat media-media dari dalam dan
luar negara dalam pemberitaan sahaja. Tanpa memikirkan kedamaian yang
sebenarnya.
Sedangkan pihak rakyat bangsa Patani lebih menitik berat kepada hak
assisi manusia dan perdamain hakiki, bermartabat dengan rasa kesaksamaan, adil
dan berdasar Undang-undang antarabangsa. Ini jelas merupakan jaminan bagi setiap
bangsa di dunia ini.
Jelas pula bukan hanya retorik politik pluralisma dengan
mengatas namakan “Dialog Kerukunan”. Yang isinya hanya sebuah proposal damai
ubah suaian daripada Tim perundingan sebelumnya.
Demikian itulah, hasil rumusan
Tim delegasi Thailand yang di ketuai oleh Gen. Udomcai T..
No comments:
Post a Comment