Tuesday, 8 January 2019

Analisis Statistik Peristiwa Tahun 2018M. dan Genap 15 Tahun Konflik Patani


Statistik Tahun 2018M.
Statistik dibawah ini kami hanya pungut dari peristiwa yang berlaku yang diambil kira dan dihitung dari berita yang di laporkan oleh wartawan tempatan melalui media sosial dan agensi berita tempatan dan pusat. 

statistik dibawah mungkin sekali tidak tepat dengan jumlah yang sebenar oleh kerana beberapa faktor, adakalanya kerana sabotaj juga perupaganda dan faktor keamanan pihak kerajaan Siam, contohnya ababila berlaku seseatu kejadian serangan bom terhadap pihak angkatan bersenjata Siam mereka melaporkan jumlah kematian atau kecederaan agak sedikit dan tidak tepat dengan jumlah yang sebenar bersalahan dengan laporan lisan oleh orang kampung dan pemerhati lainnya. 

Sepanjang tahun 2018 berlaku serangan bom dan bahan letupan bom dapat dikesan sebanyak 159 butir. 

Tembakan/berbalas tembak/pertempuran sebanyak 286 kali, Sabotaj politik (seperti membakar, pasang bom palsu, pasang objek meragukan, sepanduk dan gantungan, Tabur paku, Surat tabur dan lain-lain lebih dari 79 kali. 

Angkatan bersenjata Siam (tentera darat, tentera laut, ranjer hitam, polis, polis sempadan, polis forensic (E.O.D.), bantuan tentera bersenjata (or.sor.) regu pengawal kampung bersenjata (cor.ror.bor.), dan lain-lain) mati sebanyak 44 orang/personal, cedera parah seramai 87 orang/personal. 

Rakyat awam mati seramai 130 orang,(warga Melayu 44 orang dan warga Siam 25 orang) cedera parah sebanyak 132 orang(warga Melayu 51 orang dan warga Siam 81 orang). 

Pejuang Patani Kurban Syahid dalam pertempuran 8 orang.

Pegawai/kaki tangan kerajaan (pegawai pentadbiran, anggota pentadbiran mukim (or.bor.tor), guru sekolah Siam, Tok penghulu,dan lain-lain) mati 23 orang,dan cedera parah  17 orang. 

Jumlah peristiwa secara umum berlaku sebanyak 526 kes,(angka menurun berbanding tahun 2017 sebanyak 560 kes) terbahagi kepada wilayah Jala sebanyak 130 kes, wilayah Pattani sebanyak 163 kes, wilayah Menara(Narathiwat) sebanyak 188 kes dan lima daerah dalam wilayah Senggora (Patani Barat) sebanyak 45 kes.  

Sepanjang tahun 2018 Kerajaan Siam masih lagi menjalankan polisi jahatnya yang melanggar hak asasi manusia  sejagat seperti polisi menyerbu ustaz-ustaz sekolah agama(pondok pesantren) serta memetiik DNA para ustaz. Mengepung sekolah agama,  mengepung kampung-kampung Melayu seperti berlaku dalam daerah Bendang setar. 

menahan aktivis kemanusiaan  menjatuhkan hukuman penjara dan hukuman mati sesuka hati keatas pemuda-pemuda Patani dan yang paling dahsyat sekali masih menangkap rakyat awam Melayu yang tak bersalah dan berlaku pemerkosaan hingga cedera dan mati. Statistik diatas kami petik dalam berita peristiwa bulanan yang disiarkan dalam majalah “Suara Rakyat Patani (SURAT)” ini. 

Adapun statistik bagi pihak kerajaan Siam oleh Deep South Incedent Database :DSID yang berpusat di Universiti Amir Songkhla Nakarin kampus Pattani bahawa berlaku peristiwa sebanyak 535 kes, angka kematian secara umum seramai 218 orang,terbahagi kepada sasaran kuat (Hard target) 41 orang dan sasaran lemah (Soft target) 177 orang. Angka kecederaan lika parah 265 orang. 

Terbahagi kepada sasaran kuat (Hard target) 104 orang dan sasaran lemah (Soft target) 161 orang. Mangsa kematian dibahagi pula mengikut penganut agama Islam 171 orang dan penganut agama Budha 47 orang, mangsa cedera pengnut agama Islam 119 orang dan penganut agama Budha 146 orang.


Statistik Genap 15 tahun Konflik Patani 
Mengikut laporan dari Badan Deep South Incedent Database (DSID) melaporkan statistik pergolokan di Patani sepanjang 15 tahun (2004-2018M.) sebagai berikaut: 

Berlaku peristiwa secara umum di 3 wilayah dan 5 daerah wilayah Senggora sebanyak 20,163 Kes. Angka kematian sebanyak 6,921 orang dan cedera parah seramai 13,511 orang. 

Angka diatas sangat berbeza berbanding statistik dari  Pejabat polis Negara Thai yang disiarkan melalui agensi berita ISRA oleh Pusat berita Isra bahagian selatan mengatakan: 

statistic Peristiwa berlaku secara umum  hanya 9,985 kes, dibahagi mengikut kategori sebagai berikut angka kematian meningkat 6,702 orang dan cedera meningkat 13,247 orang). 

Di simpulkan kes keamanan terbahagi kepada beberapa katigori antaranya :   
1) Menyerang kem tentera/kubu tentera Siam 41 kes.   
2) Serangan 191 kes.   
3) Tembakan 4,314 kes.   
4) Serangan bom 3,512 kes. Dibahagikan serangan jenis meletup 3,303 kes serangan jenis lempar 182 kes serangan lain 27 kes.   
5) Pembakaran/sabotaj khianat kesemua 1,514 kes terbahagi kepada meembakar sekolah kerajaan 315 buah , kediaman rakyat 289 kes, pondok telipon 267 kes tiang telipon dan alat komunikasi 212 kes pejabat kerajaan dan kuarteres 125 kes.   
6) Membunuh secara kejam (potong leher/ bakar mayat) 92 kes. Terbahagi kepada memotong leher 38 kes, membunuh serta membakar mayat 51 kes dan memotong leherr serta membakar mayat 3 kes   
7) Tembakan serta Merampas senjata 176 kes. 
8) Demonstrasi secara aman 65 kali.   
9) Berlaku Khianat 48 kes.   
10)  Lain-lain kes 31 kes.   
11) Sabotaj politik (Serangan bom api, bakat tayar, tabor paku, tebang pokok menghalang lalu lintas, buka sekru rail kereta api dan lain-lain sebanyak 3,582 kes. 

Angka kematian secara umum 4,011 orang (angka ini sangat berbiza dengan laporan dari Pusat pemerhati konflik selatan Thai (Deep South Watch:DSW) meningkat 8,000 orang, cedera parah secara umum 10,651 (juga berbeza dengan DSW meningkat 14,000 orang, dibahagi mengikut katigori serbagai berikut :

Pegawai Polis mati 388 orang, Cedera parah  1,599 orang. 

Tentera mati 578 orang, cedera 2,735 orang. Guru/pegawai pelajaran mati 109 orang, cedera 130 orang. Pemimpin tempatan mati 241 orang, cedera 170 orang. 

Pemimpin agama mati 21 orang , cedera 25 orang, Rakyat awam mati 2,605 orang , cedera 5,943 orang, dan pejuang kurban syahid dalam pertempuran dan dikesan pihak keamanan Siam 345 orang.(tidak termasuk mereka yang ditembak oleh penembakan gelap Siam, mati ketika penganiayaan dalam tahanan, dicolek dan lain-lain) 

Peristiwa diatas dibahagikan mengikut wilayah didapati wilayah Pattani paling tinggi yaitu 3,667 kes, wilayah Menara 3,443 kes, wilayah Jala 2,577 kes dan wilayah Senggora 298 kes. 

Sepanjang 15 tahun ini sudah menelan badjed secara umum 302,926.9 juta bath. Termasuk badjed tahun 2019M. 

sebanyak 12,025.3 juta bath. Konflik Patani dikawal oleh jumlah Angkatan bersenjata Siam yang begitu besar berbandingkan purata penduduk di Patani. 

jumlah Tentera (tentera darat, tentera laut, ranjer hitam) 24,004 personal, Polis (polis sempadan, polis forensic (E.O.D. dan ll), 9,809 personal, Relawan tentera(or.sor) 5,652 personal, jumlah kesemua 39,465 personal.  

Adapun pasukan pertahanan sipil seperti regu pengawal kampung bersenjata (cor.ror.bor.) regu pengawal mukim (cor.kor. tor) , relawan pengawal rakyat (or. por.por.ror) seramai 95,974 orang, jumlah total kesemua 135,439 orang/personal. membuktikan bahawa penduduk awam di kawal satu orang persepuluh orang rakyat awam (1:10) daripada setiap penduduk di selatan Thailand secara keseluruhan.


No comments:

Post a Comment