Tuesday, 8 January 2019

DAERAH NAWI (Nathawi) WILAYAH SENGGORA


Nawi dahulu 
Daerah Nawi pada masa silam adalah jajahan Negara Patani Darussalam, terkenal dengan jajahan Patani Barat yang sekarang meliputi 5 daerah sebelah selatan wilayah Senggora (baca:Songkhla) sekarang, yang mencakupi daerah Cenak (S; Ca’na’), daerah Sebaya (S; Sabayoi), daerah Tiba (S;Thepha), daerah Nawi (S:Nathawi) dan daerah Sadao. 

Merupakan asal negeri Patani, yang sekarang dipecah oleh Siam dan dimasukan ke dalam wilayah Senggora. 

Masa silam daerah Nawi adalah sebahagian dari daerah Cenak, tapak pusat pentadbiran daerah Cenak, kemudian dalam tahun 1956 M. 

Dipecahkan dan diasaskan “Daerah Nawi” Orang Patani terkenal dengan panggilan ‘Nawi’ adapun nama rasmi dalam Bahasa Thai adalah “Nathawi” Nawi sekarang Adalah salah satu daerah dari 16 daerah dalam wilayah Senggora, Daerah Nawi terletak di sebelah selatan wilayah Senggora. 

Sebelah utara bersempadan dengan daerah Cenak, sebelah timur bersempadan dengan daerah Tiba dan daerah Sebaya, sebelah selatan bersempadan dengan Negeri Kedah D.A. Malaysia. 

Dan sebelah barat bersempadan dengan daerah Sadao, wilayah Senggora. Memiliki keluasan 619.8 km2 dengan 10 buah mukim dan 92 buah kampung. Ditadbir dengan 2 buah Majlis perbandaran (Majlis perbandaran Nathawi dan Nathawi luar) dan 6 Majlis pentadbiran mukim (Or.Bor.Tor). 

Kerajaan Thai mencadangkan rancangan untuk mengasas sebuah wilayah baharu diberi nama dengan “Wilayah Nathawi” yang akan meliputi beberapa daerah sebelah selatan dalam wilayah Senggora (Patani Barat) merangkumi daerah Nawi, daerah Cenak, daerah Sebaya dan daerah Sadao. 

Jika rancangan ini diluluskan akan didapadi wilayah Nathawi (baru) memiliki keluasan 4109,563 km2 selebihnya wilayah Senggora asal memiliki keluasan hanya 3284,326 km2. Dalam daerah ini juga dibuka Pintu Sempadan ke-2 sempadan Malaysia-Thailand dalam tahun 2010M. di negeri Kedah yaitu Ban Prakop daerah Nawi dengan Kg, Durian Burung, daerah Padang terap, negeri kedah  yang mana akan menyingkatkan berjalanan terutama rakyat Kedah kawasan Padang terap, Pendang, Kubang pasu dan Sik dengan rakyat Patani dalam daerah Nawi, Cenak, Tiba, Sebaya dan wilayah Jala menjadi pemangkin pembangunan ekonomi daerah Padang Terap dan Nawi. 

Demografi: 
Jumlah penduduk dalam daerah Nawi masa kini mengikut statistic dari jabatan statistik Negara Thai tahun 2017 M. Sebanyak 68,962 jiwa, terdiri dari kaum Melayu Muslim dan kaum Siam Budha.  

Geografi: 
Daerah Nawi berlokasi kawasan tanah lembah rata dan tanah rata di celah bukit, kawasan bukit-bukit kecil, kawasan tanah rata dan lembah ialah mukim Nathawi, Chang, Namosri dan Thapradu adapun kawasan bukit dan tanah tinggi di kaki bukit ialah mukim Tapchang, Plaknu, Klong sai dan Prakop. Di kaki bukit rakyat jelata berkebun seperti getah, dan dusun buah-buahan. Daerah Nawi tidak berkemuka ke laut seperti daerah Cenak danTiba.

Ekonomi dan Kekayaan Alam: 
Rakyat jelata kebanyakan berkebun dan berdusun, seperti getah, dusun buahan seperti cempedak, durian, dokong, rambutan, nangka dan lain-lain. Jumlah kecil bersawah padi dan ternakan binatang.  

Kawasan Pentadbiran: 
Daerah Sebaya mempunyai 10 Mukim dengan 92 buah kampung, (nama kampung dalam daerah ini kebanyakan dengan Bahasa Thai) antara nama kampung dalam kawasan ini adalah sebagai berikut:      
1) Mukim Nathawi (Nawio) mempunyai 17 buah kampung: 1.Kg,Nathawi 2.Kg,Pli nua 3.Kg,Plik Tai 4.Kg,Nathawi tai 5.Kg,Wang to tai 6.Kg,Wangto nua 7.Kg,Keliang 8.Kg,Song tai 9.Kg,Song nua 10.Kg,Wang yai 11.Kg,Plairam 12.Kg,Lamlong 13.Kg,Klong turiang 14.Kg,Wangtotai 15.Kg,Pakilek 16.Kg,Klong pon 17.Kg, Saingam.     
2) Mukim Chang mempunyai 9 buah kampung: 1.Kg,Nawa 2.Kg,Plakcamao 3.Kg,Koknga 4.Kg,Wangbuab 5.Kg,Prong carakhe 6.Kg,Kokchang 7.Kg,prik 8.Kg,Tungmotek 9.Kg,Liab.     
3) Mukim Namosri Mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg,Namosri 2.Kg,Tungle nua 3.Kg,tungle klang 4.Kg,Tung le tai 5.Kg,Plak cok 6.Kg,Moi ook 7.Kg,Moi tok 8.Kg,Thako 
4) Mukim Klong sai mempunyai 8 buah kampung: 1.Kg, Klong sai 2.Kg,Lamching 3.Kg,Lampod 4.Kg, Mai 5.Kg,Long mud 6.Kg,Plaiklong 7.Kg,Kaona 8.Kg,Ton.   
5) Mukim Plaknu mempunyai 7 buah kampung: 1.Kg,Plaknu 2.Kg,Ton sai 3.Kg,Kokkae 4.Kg,Parit 5.Kg,Liab 6.Kg,Mokong 7.Kg,Semong. 
6) Mukim Tha pradu mempunyai 9 buah kampung: 1.Kg,Thapradu 2.Kg,Dang mu nua 3.Kg,Dang mu tai 4.Kg,Pobit 5.Kg,Plakpom 6.Kg,Kok kae 7.Kg,Pakan 8.Kg,Tung kha 9.Kg,Pobid nua   
7) Mukim Sathon mempunyai 10 buah kampung: 1.Kg,Saton 2.Kg,Bong 3.Kg,Hua kuan 4.Kg,Thaklong 5.Kg,Wa lanfg 6.Kg,Sapan pla 7.Kg,Tung 8.Kg,Sapan kian 9.Kg,Tungb lang 10.Kg,Payang     
8) Mukim Thap chang mempunyai 10 buah kampung: 1.Kg,Thapchang 2.Kg,Kok ngun 3.Kg,Kok cong 4.Kg,Hua khuan 5.Kg,Wang sai 6.Kg,Khokmu 7.Kg,Kok ok 8.Kg,Lum 9.Kg,Chong tong 10.Kg,Kok cong.   
9) Mukim Prakop mempunyai 7 buah kampung: 1.Kg,Prakop 2.Kg, Krong 3.Kg,Prakop ook 4.Kg,Tung priang 5.Kg,Wad 6.Kg, Mai 7.Kg,Kokmai yai   
10) Mukim Klong Kwang 7 buah kampung: 1.Kg,Naprang 2.Kg,Kloong kahi nao 3.Kg,Chang hain 4.Kg,Khao wang 5.Kg,Kao  6.Kg,Klong yo 7.Kg,Klong bon.     

Agama, Bahasa dan Kebudayaan: 
Rakyat jelata 36% terdiri dari kaum Siam Budha dan selebihnya 35% adalah Melayu Islam, kaum Siam bertutur dengan Bahasa Siam Tai dan Bahasa Siam rasmi adapun kaum Melayu bertutur dengan Bahasa Melayu logat Patani dan sebahagian kecil sudah bertutur dengan Bahasa Siam Tai. 

Mempunyai Masjid yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam wilayah Senggora sebanyak 28 buah (tidak termasuk Surau kecil, Balaisah), Wad (Candi Budha) 25 buah. 

Dari segi pendidikan pula mempunyai Sekolah dasar Kebangsaan 35 buah, Sekolah menengah kebangsaan 2 buah, Sekolah pondok (Madrasah) 2 Buah,Antara ulama/tuan guru terkenal dalam daerah ini ialah Tuan guru Jid (Abdulaziz)  Kadir, pengasas Pondok Parit (Songserm Islam) dan Tuan guru Soleh Tehmamad  pengasas Pondok Banpli (Somburn Sasna), Nawi.     

Daerah Nawi juga termasuk daerah bergolok dalam konflik Patani, terdapat beberapa serangan dan pertempuran kian berlaku sejak tercetusnya konflik Patani.      

Disini juga terdapat sebuah terowong bersejarah tempat pelancong popular  tempat tinggal  pemberontak  komunis (Parti Komunis Melaya, PKM dan parti komunis Thai, PKT) terletak di Kao Nam Khang, mukim Klong kwang, daerah Nawi, wilayah Senggora.

No comments:

Post a Comment