Tuesday 8 January 2019

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN DESEMBER (12/2018 M.)


4/12/2018M. 
-Seorang penolong Tok penghulu kampung Bhg. Keamanan (Por.Ror.Sor) berusia 49 tahun ditembak di kampung Bendang Gucil, mukim Gemia, daerah Muang, wilayah Pattani. Mangsa dilaporkan cedera parah. 
-Sebuah motosikal milik warga Siam di samun oleh 2 orang lelaki di Kg, Kok kapak, mukim Koksaton, daerah Takbai, wilayah Menara. Kata polis dibimbangkan motosikal tersebut diubahsui menjadi bom motosikal. 


6/12/2018M. 
-Serangan sebutir bom menyasarkan rondaan ranjer unit 2205, di jalan tali air Kg. Lapok, mukim Parai, daerah Maelan, wilayah Pattani. Seorang ranjer mati dalam serangan tersebut. 
-Seorang tok penghulu kampung (Niban) warga Siam ditembak di Kg. Bangkrok, daerah Kokpor. Wilayah Pattani. Mansa cedera parah.  

11/12/2018M. 
-Orang kampung dari Kg, Air Tempayan, mukim Cuab, daerah Becah Airong, wilayah Menara. Serta waris kepada saudara Arsu Wokngoi berusia 25 tahun Merayu hal kepada NGOs kemanusian, pusat persatuan peguam muslim wilayah Menara dan pihak kerajaan Siam diatas kematian beliu sebagai banduan kes keamanan (Kadi kwam mankong) yang mati secara misteri ketika dalam tahanan penjara wilayah Menara. Berkata wakil persatuan peguam muslim Menara kes ini adalah kes yang ketiga yang mana banduan mati dalam penjara.   

12/12/2018M. 
-Berlaku pertemporan Antara pejuang Patani dengan pihak tentera Siam selama 2 jam di Kg, Mahe, mukim/daerah Tanjung mas, wilayah Menara. Tidak ada laporan kecederaan kedua-dua pihak. 

17/12/2018M. 
-2 orang warga Melayu ditetak dengan parang sampai mati di Kg.Raja, mukim Koksaton, daerah Takbai, wilayah Menara. Motif pembunuhan dalam siasatan polis. 

20/12/2018M. 
-Berlaku serangan dengan tembakan secara serentak di lokasi berlainan antaranya :   
1) Menyerang unit pengawal keselamatan mukim (Cor.Kor. Tor) di Kg. Gok Kapur, mukim/ daerah Bendang Setar, wilayah Jala.   
2) Menyerang unit pengawal keselamatan mukim (Cor.Kor. Tor) di Kg. Baroh, daerah Jaha, wilayah Jala.   
3) Menyerang unit pengawal keselamatan mukim (Cor.Kor. Tor) di Kg. Petai, mukim Petai, daerah Jaha, wilayah Jala.   
4) Menyerang pejabat Balai polis mukim Lammai di Kg.Paron,mukim Lammai, daerah Muang, wilayah Jala. Kesemua serangan tidak ada laporan kecederaan dan kehilangan nyawa. 

21/12/2018M. 
-Pihak keamanan Siam mengesan dan merampas sepucuk senapang jenis M.16 serta peluru 30 das di sebuah dangar dalam Kg, Pial mumang, daerah Yaring, wilayah Pattani. dalam operasi secara besaran kawasan Kg, Bermin, Kg, Nat pauh Manis, Kg,Nat tanjung, Kg, Rakak, mukim Pial mumang, mukim Tali air dan mukim manang jong, wilayah Pattani. 

23/12/2018M. 
-Empat pucuk shot gun beserta peluru 20 das milik unit pengawal keselamatan kampung (Cor.Ror.Bor) disamun oleh Enam orang lelaki bersenjata ketika mereka sedang bertugas di sekolah kebangsaan kampung Serdang, mukim Trokbon, daerah Teluban, wilayah Pattani. 

24/12/2018M. 
-Sebutir bom meletup ketika unit pegawal keamanan kampung (Cor.Ror.Bor) sedang membuat rondaan dengan menaiki 4 buah motosikal di jambatan Kg. Kejar, mukim Lael, daerah Jaha, wilayah Jala. 4 orang cedera, 2 daripadanya cedera parah. 
-Seorang Imam masjid Kg. Tarap, mukim Gemia, daerah Muang wilayah Pattain ditembak mati ketika selesai menunaikan solat isyak dalam masjid tersebut. Beliu dikenali Encik Ismail Cekmat, 45 tahun. Motif kejadian masih disiasat pihak berkuasa. 

25/12/2018M. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berusia 22 tahun berasal Kg, Ternam, daerah Penarek, wilayah Pattani mati di tembak. Kejadian berlaku di jalan Tanjung Cenggal-Ban Don Pasak, daerah Yaring, wilayah Pattani.  
-Sebutir bom meletup ketika pegawai polis Balukar Samak sedang meronda di kawasan jalan 42 (Pattani-Narathiwat) pekan Nat pohon jerai, daerah Bacok, wilayah Menara. menyebabkan seorang polis warga Siam maut ketika mengejar kehospital dan lima lagi rakan sejawatnya termasuk timbalan ketua polis Belukar Samak cedera parah. Polis percaya bahawa kumpulan pejuang yang mengdalangi kejadian tersebut. 
-Dua orang rakyat awam cedera ditembak oleh individu yang tidak dikenali ketika dua orang mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah. Kejadian berlaku di Kg,Kepala Batas, mukim Lubok bayas, daerah Jeringa, wilayah Menara. Motif kejadian masih disiasat. 

26/12/2018M. 
-Seramai 22 orang rakyat awam sekitar daerah Jaha dan daerah Kabang, wilayah Jala ditahan pihak berkuasa Siam kerana disyakki bergabung dalam serangan bom keatas rondaan ranjer di Kg. Separah, Jaha, pada bulan lepas. Setengah daripada mereka dilaporkan dibuat anyianya oleh pihak tentera Siam ketika ditahan dalam Kem ranjer Kandang Kerbau, mukim Wangpaya, Jala. 
-Dua butir bom meletup di pusat pelancongan Pantai Semila, wilayah Senggora, tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan. Sasaran bom ialah patung ikan duyung dan patung kucing dan tikus yang menjadi lambang pelancongan wilayah Senggora. Kesemua patung tersebut turut rosak. Kata pihak perisikan Thailand bahawa kejadian tersebut didalangi BRN salah satu kumpulan pejuang yang bergiat di wilayah bergolak sejak 14 tahun lepas. Kata gabenor wilayah Songkla En. Wiranan Penjang bahawa tujuan serangan tersebut ialah untuk memusnahkan ekonomi dan industeri pelancongan wilayah Songkla. 
-Seorang rakyat awam warga Melayu berumur 54 tahun ditembak mati di Kg, Kampong rai, daerah Tantor, wilayah Jala. 

27/12/2018M. 
-6 butir bom buatan sendiri meletup pada tiang elektrik voltan tinggi di mukim
Thachang dan mukim Bangriang, daerah Hatyai, wilayah Senggora. 
-Berlaku serangan keatas unit pengawal keamanan mukim (Cor,Kor,Tor) di Kg. Berangan, mukim/daerah Krong Pinang, wilayah Jala. 
-Seorang pemuda Melayu berusia 24 tahun ditembak mati di Kg, Gabuh, daerah Jeringa, wilayah Menara. 

28/12/2018M. 
-Seorang penolong tok penghulu (bhg. Keamanan/Por. Ror.Sor) di tembak mati di kampung Pumpong, mukim Pakla, daerah Kokpor. Wilayah Pattani.  
-Seorang warga Siam ditembak mati di Kg, Kuha, daerah Sebaya, wilayah Senggora.

29/12/2018M. 
-Berlaku letupan bom dan serangan tembakan secara serentak dari jam 18.30-19.30 malam dalam daerah Canek dan daerah Seri sakon, wilayah Menara antara lain sebagai berikut:   
1) Letupan bom di Kg, Jambu, mukim Duson Nya, daerah Canek   
2) Letupan bom di Kg, Ya-or, mukim/daerah Canek.   
3) Letupan bom di Kg, Kajae (Kajang), mukim Duson Nya, daerah Canek   
4) Letupan bom di Kg, Suge, mukim Duson Nya, daerah Canek. Kempat serangan diatas tidak ada laporan cedera parah   
5) Letupan bom di Kg, Kelubi, mukim Seri banput, daerah Seri sakon. Menyebabakan 4 orang warga awam cedera ringan   
6) Letupan bom di Kg, La-o, mukim Seri banput, daerah Seri sakon. Menyebabkan 2 batang tiang elektrik tumbang.   
7) Sekumpulan pemuda leng
kap dengan senjata api menyerbu masuk kedalam kelinik desa kampung Kenuak, mukim Kelisa, daerah Tanjung Mas, wilayah Menara. Kemudian menyerang dengan tembakan keatas pos kawalan keamanan mukim (Cor, Kor.Tor) serta melempar masuk 18 butir bom buatan sendiri dan membakar pos tersebut. Peristiwa ini tidak ada laporan kecederaan dan kehilangan nyawa.  

30/12/2018M. 
-Letupan bom di lombong kecil jalan raya Kg. Banggol kubu, mukim Bongor, daerah Canek, wilayah Menara.


KESIMPULAN   Bulan Desember (12/2018 M.) 
Peristiwa pergolokan berlaku 54 kes. terbahagi kepada wilayah Pattani 8 kes, Jala 7  kes, Menara 30 kes, dan wilayah Senggora 9 kes.   
Berlaku serangan bom kesemua 35 butir (sebutir bom motosikal) yaitu sebutir di Jala dan sebutir di Pattani 24 butir di Menara dan 8 butir wilayah Senggora.. 
Tembakan dan pertemporan berlaku 16 kali: Masing-masing di Pattani 5  kali, Jala 6 kali, Menara 4 kali. dan Senggora 1 kali.    
Berlaku Sabotaj politik dan khianat dalam bulan ini sebanyak 3 tempat. wilayah Jala 1 tempat dan Menara 2 tempat.  
Angkatan bersenjata Siam mati 2 orang dan cedera parah 9 orang, Rakyat awam mati 5 orang (4 orang warga Melayu  dan seorang warga Siam). 
Rakyat awam cedera 3 orang (kesemua warga Melayu). 
Pegawai kerajaan  mati 1 orang (warga Melayu) cedera parah 2 orang.   
Tidak ada Pejuang gugur Syahid dalan bulan ini, berlaku beberapa kali pos mengawalkeselamatan mukim (Cor.Kor. Tor) serangan kem tentera dan berlaku rampasan senjata api dari tentera Siam sebanyak 4 laras. puluhan rakyat awam Patani titangkap pihak berkuasa.


No comments:

Post a Comment