Thursday, 20 August 2020

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA

 “JIKA KAMU MAHU KELIHAT MASA DEPAN SESEBUAH NEGARA, MAKA LIHATLAH PEMUDA-PEMUDINYA PADA HARI INI”. 

Saidina Ali R.A. Jatuh bangunnya sesebuah Bangsa sangat erat hubungannya dengan kepedulian anak-anak muda, karena mereka merupakan waris kepimpinan masa depan. 

Pemuda pemudi harus mempunyai jati diri yang teguh, mapan berpaksikan aqidah yang mantap, merupakan asas dan kekuatan utama ke arah tertegaknya masyarakat yang bermaruah dan seterusnya Negara yang berdaulat. 

Andai pemuda pemudi tiada pertahanan yang kuat, mereka akan tersungkur dan rebah dalam semua serangan musuh durjana, gagasan hidup akan hancur, malah hanyut dibawa arus deras globalisasi yang menyesatkan. 

PENGARUH BAHASA MELAYU DAN DIALEK PATANI KEDALAM BAHASA THAI

Sekitar abad ke-7 hingga abad ke-9, kerajaan Srivijaya menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan. Pada masa yang sama kerajaan Srivijaya membantu menyebarkan kebudayaan dan bahasa Melayu ke seluruh kepulauan Melayu. 

Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, semenanjung Malaysia, Filipina hingga ke segenting kera di selatan Thailand. 

Sehingga kini penraruh perkembangan Bahasa Melayu dapat dilihat pada nama-nama wilayah (changwad) di selatan Thailand berasal Dari Bahasa Melayu sebagai contoh: 

1.wilayah Kra’bi berasal dari perkataan “Krabie” (Kra berarti kuala atau muara, manakala bie pula berarti kutipan cukai), ada juga mengatakan berasal dari gerbi, kelubi, dan kuala bie. 

Monday, 17 August 2020

BULAN KEMERDEKAAN

 

(1) Hari kemerdekaan nasional merupakan sebuah peristiwa tahunan yang dirayakan guna memperingati kemerdekaan suatu bangsa menjadi sebuah negara yang berdaulat. Negara dan Bangsa -bangsa yang memperoleh kemerdekaan pada bulan Ogos ini antara lain : 

Hangaria (1000M), Swiss (1291M), Ekuador (1809M), Kolombia (1819M), Bolivia (1825M), Uruguay (1825M), Jamaika (1902M), Afganistan (1919M), Korea (1945M), Indonesia (1945M), India /Pakistan(1945M), Malaysia (1957M), Benin (1960M), Niger (1960M), Burkina Faso (1960M), Pantai Sading (1960M), Chad (1960M), Afrika tengah (1960M), Kongko (1960M), Gabon (1960M), Trinidad&Tobago (1962M), Singapura (1965M), Estinia (1991M), Ukrain (1991M), Moldova (1991M), Kirgistan (1991M). dan bagaimana dengan nasib negara dan bangsa Melayu Patani! 

CENAK DALAM DILEMA PENGHAPUSAN JATI DIRI DAN PENGUSIRAN ETNIK MELAYU PATANI DI BUMI SENDIRI

Sebuah polisi kerajaan Thailand yang dicadangkan oleh Kabinet Junta, untuk mengeksploitasi kekayaan alam, transmigrasi penduduk, dan asimilasi kependudukan orang-orang di wilayah Patani terus berlangsung. 

Ini sesuai dengan kehendak dan polisi Bangkok, yang selalu mencari celah dan peluang untuk memecahbelahkan orangorang Melayu. Khususnya di wilayah Patani, iaitu Daerah Chenak dan Tiba. 

Sebuah operasi yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan tidak dapat diterima oleh setiap manusia yang berakal. Kerana masyarakat Melayu akan kehilangan kampung halaman dan tempat tinggal mereka untuk selamanya. 

Saturday, 15 August 2020

KEPEMERINTAHAN SENDIRI SUATU ALTERNATIF PENYELESAIAN KONFLIK DI PATANI

Patani atau Selatan Thailand terdiri dari 4 wilayah, Jala, Pattani, Narathiwat, Setol dan 5 daerah dari wilayah Sanggora, Cana, Tiba, Nathawi, sebaya dan Sadau. 4 wilayah 5 daerah mejority penghuni adalah Muslim Melayu. Di sini terkenal sebagai kawasan yang dilanda konflik, antara Thailand dengan penduduk tempatan (Patani). 

Konflik sudah ratusan tahun. Namun konflik terbaru tercetus semenjak 2004, telah menelan kurban 7,000 orang lebih, yang tercedera hampir 20 ribu orang. Konflik tak dapat diselesaikan, kalau tidak diketengahkan atas isu pembentuk kepemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan. 

Tuesday, 11 August 2020

BERITA RINGKAS@PERISTIWA bulan julai (7/2020 M)

 

2/7/2020M. 

-Pihak relawan keamanan Thailand melakukan operasi dan menemukan sebuah motorsikal, kejadian ini berlaku di kawasan setesen minyak PTT, Daerah Raman, Wilayah Jala. Laporan dari masyarakat tempatan mengatakan, motorsikal ini semenjak siang hari hingga malam hari, dan tidak diketahui milik siapa. 

- Berlaku tembakan keatas seorang ranger warga Melayu dikenali Salaeh Kareng, menyebabkan mangsa cedera, kejadian ini berlaku di kawasan lalu lintas jalan raya kampung Sawo hilir, Mukim Sawo, Daerah Resak, Wilayah Menara. 

3/7/2020M. 

-Berlaku berbalas tembakan Antara Tentera Siam dengan Pejuang Patani ketika operasi pengepungan kampung Melayu di kampung Rawa, mukim Don, Daerah Penarek, wilayah Pattani. menyebabkan 1 orang pejuang Patani terkurban Syahid di tempat. Syahid dikenali Anwar Duramae berasal Kg. Lalang, mukim Bidil, daerah Tung yang deng, wilayah Pattani. Manakala, pihak tentera Thailand juga mengalami nasib yang sama, menyebabkan 3 orang cedera, dan 1 orang maut ditempat. Pihak tentera Thailand menyakini, bahwa Anwar Duramae merupakan salah seorang dari anggota gerakan bersenjata di bawah naungan Barisan Revolusi Nasional (BRN).