Tuesday, 8 October 2019


Pemerintahan Siam/Thai tidak habis-habis curiga dan bahkan mendiskriminasi terhadap warga Melayu Patani. 

Baru-baru ini, Pemerintah Siam/Thai khususnya untuk merekod bio data dan memantau kegiatan mahasiswa Muslim Patani. Hal ini sangat tidak berasaskan kemanusiaan dan boleh mewujudkan jurang antara mahasiswa  Muslim dengan yang lainnya. 

Terdapat banyak ahli organisasi hak asasi manusia antarabangsa menganggap tindakan demikian adalah sangat tidak adil dan diskriminasi, kerana perkara itu adalah maklumat pribadi seseorang. Hal tersebut percobaan memaksa universiti-universiti untuk  menekan mahasiswa-mahasiswa Muslim dari Patani. 

Dialek Patani (Ep.7)


Pada siri ini pula kami contohkan beberapa perkataan bahasa Siam yang berpengaruh menyerap masuk kebahasa Melayu Patani dalam kategori makanan/masakan,sukan, dan perbualan harian seperti contoh dibawah :

(7) Katigori makanan/masakan : Ahan (makanan) Bai kapao (daun selasih) Buah lamyai (buah mata kucing) Cha keaw (teh hijau) Cha yen (teh ais) Keng kiau wan (sayur hijau) Kengsom (masam pedas) Khai ceaw (telur dada) Khai dao (telur mata) Khao mok (nasi minyak) Lukching (bebola) Nok katha (burung puyuh) Nom sot (susu segar) Nom yen (susu sejuk/susu ais)

O-liang (kopi sejuk/ais) Pad khana (kailan) Pad thai (mee goring siam) Padpet (goring pedas) Pakchi (daun ketumbar) Phak (sayur-sayuran) Prik thai (lada hitam) Saikrok (sosej) Sang (pesanan makanan/order) Somtam (kerabu betik) Yam kha kai (kerabu kaki ayam) Yam mamuang (kerabu buang manga) dan banyak lagi

SERUAN JIHAD (9) Menyemai Semangat Kemerdekaan


1. Kemerdekaan adalah hak segala bangsa dan hak semua orang * Tuhan tidak merubah nasib suatu bangsa sebelum bangsa itu mengubah nasibnya sendiri * Nasib bangsa kita Patani takkan berubah, jika kita tak mahu mengubahnya * Kemerdekaan itu bukan sekadar menunggu hadiah dari penjajah Siam. kemerdekaan itu bukanlah didapatkan dengan Cuma-Cuma. Kemerdekaan itu adalah titisan darah para pejuang kemerdekaan * Jangan pernah mimpi untuk merdeka. Ketika kita sendiri malas mengerjanya * Kemerdekaan hanya dapat dimiliki oleh bangsa yang jiwanya berkubar-kubar dengan tekad “MERDEKA ATAU MATI”

Dampak Kejahatan Thailand Sebagai Penjajah di ASEAN


 Penjajah Thailand di Asia Tenggara adalah merupakan imperialisme dan kolonialisme terlama, dibanding penjajah-penjajah barat dan Eropah lainnya.

Imperialis dan kolonialis America di Plipina, Belanda dan Jepun di Indonesia, juga British di Malaysia serta di tanah-tanah melayu lainnya, tindakan dasar milik jajahan telah berakhir dengan memberi autonomi dan pemerintahan sendiri.

UPAYA MENDAULATKAN BANGSA MELALUI PERJUANGAN


Kehidupan dan kedudukan geografi di Patani sungguh memberi erti bagi anak bangsanya dan kepada masyarakat dunia. Ini memudahkan kita untuk memafahami dan dipelajari. 

Tentang apa faktor sebenarnya pergolakan dan konflik di Patani? Dengan tidak perlu banyak menyiasat ataupun mengkaji lebih rumit. Oleh kerana geogerafi dan watak kehidupan bangsa Patani sendiri, yang telah banyak membantu untuk menyatakan. 

BERITA RINGKAS@PERISTIWA BULAN SEPTEMBER (9/2019 M.)


1/9/2019M.
-Pihak tentera Siam menahan seorang ustaz tenaga pengajar di sebuah sekolah agama dalam wilayah Pattani beliu dikenali ustaz Muhammad zaki Kalupae di kampung Klong kuan, daerah Nongcik, wilayah Pattani. satu kes yang sama menahan seorang rakyat awam dikenali Manawi Cekhama di kampung Lipat Sanggol, daerah Nongcik, wilayah Pattani.

-Seorang Pemuda Melayu berusia 22 tahun ditembak mati di Kampung Cemau tiga pohon, mukim Trokbon, daerah Teluban, wilayah Pattani.